Jumaat, 2 September 2011

Indahnya beraya di desa....


Lepas ziarah pusara bonda tercinta, kami singgah ke rumah mak ngah. Family mak ngah ini pun peminat kucing. Buat masa ini kucingnya ada 9 ekor.


Dari atok kucing hinggalah ke baby kucing. Dari ekor kembang hinggalah ke ekor kecut. Dari yg putih melepak hinggalah yg hitam gulap....semuanya cute.. Tapi masa datang hanya ini yg ada. Yang lain pegi beraya, kot..

Lepas makan2, minum2...langkah pun diatur.
Kemana..? Balik kampunggggg....
Kalumpang, here we come...

Yahoooo.... Kami dah sampai..

Kalau K.Lumpur bangga dgn Twin Towernya,
dikampung pula bangga dengan
bertwin2 tower pokok kelapanya.

Dapat sejuk2kan kaki pun jadilah...

Anak sungai jernih mengalir ditengah2 kampung.
Nasib baik anak sungai. Kalau emak sungai, mahu ada
yang dah terjun berenang..

Ini adalah tempat paling bersejarah, paling nostaligik. Nama tempat ini 'Air pancur'. Dulu2 sebelum kampung ini mendapat bekalan air paip, disinilah mereka mendapatkan bekalan air. Air sungai diempang dan dibuat beberapa pancuran. Airnya sangat sejuk dan jernih kerana sungainya mmg original mengalir dari terus dari hutan.

Tak sah kampung kalau takder pokok buah2ah.

Inilah rumah pusaka keluarga kak Kim. Sebahgian besar abang2 dan kakak, kak Kim lahir dirumah ini. Tapi kini tinggal kenangan.... dalam proses jualan.



Seharian dikampung, menziarahi sanak saudara, pakcik makcik. Tibalah masa, kami melangkah pulang. Walaupun berat dihati. Tapi Inysa Allah, tahun hadapan panjang umur, sehat badan, kami pasti datang kembali.....

Perjalanan pulang, jalan pulak jammed....
Emmm, biasalah tu.....




4 ulasan:

  1. salam aidil fitri rosma ..

    kelumpang!!!
    ada Kelumpang Resort tuh ..
    chalet dia kt tebing2 sungei jer ..
    cukup best utk bermalam ...

    BalasPadam
  2. bestnye rumah kampung... :) nape nak jual Kak? banyak nostalgia kat situ tu kan?

    BalasPadam
  3. As Salam Kak Kim,

    Wah bestnye.....balik kampung. Tahun ni kite x dapat balik kg sebab adik ipar baru kuar hospital kena demam denggi. Tapi meriah juga sbb ramai saudara datang bertandang meriah kan hari raya kami sekeluarga. Kg Kak Kim dekat dgn kg kite la....Kerling. Taukan tempat tu??

    LOL,
    Yong+Mika

    BalasPadam