Khamis, 30 September 2010

Kucing paling malas didunia....

Shironeko, kucing 8 tahun asal jepun adalah kucing yang paling malas di dunia..
Tengok gaya pun dah tahu, kan ..Tapi maintain tetap, kiutttt.......


www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

www.haxims.blogspot.com

Selasa, 28 September 2010

"..Kau rampas segalanya..."


Kurr..kurr..., ark..ark...sambil kepala terhanguk2 keatas kebawah. Jari dipetik, mengikut irama
persis pemimpin okestra. Tapi sipatah hati hanya memandang lesu keluar.....
memikirkan anak2nya yg tinggal dirumah....

Menjerit2lah sikecil, sambil mulut ternganga2 kelaparan.
" Ibu, ibu cepatlah pulang, kami lapar..ibu dimana?. Ibu pulanglah.....

Akhirnya, anak2 itu tertidur, tidur untuk selama-lama......

 Hancur hati siibu , "kau rampas segala2nya dari aku, kau rampas anakku, kau rampas kebebasanku....."


 Renungkanlah,.." bahagiakah mereka disini..?


Mereka terpaksa melakukan sesuatu yg mereka 
tidak suka lakukan. Kita bersorak gembira
tapi hati mereka menangis....
 P/S : Maaf pada mereka yang tidak senang dgn tulisan saya disini.
Ini hanyalah suara hati saya dan saya menghormati pendapat kalian...




Sabtu, 25 September 2010

Pak Lah - animal lover..

SiKitam, kesayangan Pak Lah...

Aku ada sorang jiran yang memang pengasih lagi penyayang. Mereka suami isteri ni takder anak. Suami  umur 55, bekerja sebagai security dan isteri 50 suri rumah sepenuh masa.Walaupun, takder anak tp mereka ada banyak anak kaki empat. Oklah, aku bukan nak cite pasal kucing mereka...tp perihal sisuami yg kami panggil " Cik Dollah..dan isterinya Ateh.."

Cik Dollah ni memang penyayang lg pemurah pada haiwan. Dia takkan bunuh haiwan w/pun haiwan jenis reptilia yg bahaya tu. Kalau sipanjang tu datang rumah dia samada dalam atau luar rumah, dia cuma tolak2 gitu2 ajer klw  dpt tangkap dia masukkan dlm tong atau guni, lepas tu bawak dengan moto kapcainya pegi lepaskan sipanjang tu kat mana2 tempat yg sesuai dan selamat.

Paling aku respect, klw pacat atau lintah gigit kaki atau badan dia. Dia akan cabut silembek  tu dengan sopan, dan masukkan dalam botol. Lepas tu, pegi tepi paya atau sungai dan lepas.. dia tak akan bunuh w/pun darah dah meleleh2 kat badan dia...": Punyerlah baik, Pak lah aku ni...nyamuk dan semut pun dia tak bunuh, katanya "alah diorang pun cari rezeki...".

May God bless YOU...



Jumaat, 24 September 2010

Tip memandu kecemasan


BREK GAGAL BERFUNGSI www.familiazam.com
  • Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
  • Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
  • Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
  • Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
  • Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.
KENDERAAN TERBABAS www.familiazam.com
  • Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
  • Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
  • Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.
PEMECUT TERLEKAT www.familiazam.com
  • Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
  • Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
  • Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
  • Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
  • Jikalau gagal hubungi mekanik.
BONET TERBUKA www.familiazam.com
  • Brek secara beransur-ansur.
  • Naik ke atas bahu Jalan.
  • Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
  • Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
TAYAR PECAH www.familiazam.com
  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.
LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM www.familiazam.com
  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
  • Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
  • Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan.
  • Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
KENDERAAN TERBAKAR www.familiazam.com
  • Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
  • Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
  • Gunakan alat pemadam.
  • Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.
TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA www.familiazam.com
  • Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
  • Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
  • Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
  • Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
  • Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
  • Angkat bonet dan dapatkan bantuan.
CERMIN HADAPAN PECAH www.familiazam.com
  • Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
  • Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
  • Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
  • Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.
MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN  www.familiazam.com
  • Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak.
  • Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
  • Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
  • Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
  • Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.
Sumber: http://jpj.gov.my

Jemputlah, makan...

Bulan Puasa

Bulan puasa inilah kita boleh jumpa macam-macam jenis makanan.
Aku selalunya " give n take' kat bazar ramadhan jer. Rasanya macam nak beli semua. 
Tapi bila dah berbuka, dah teguk air, itu pun dah rasa kenyang..
 


Hari Raya
 Ini pulak, hidangan wajib di raya. Tapi ada lagi tu, kuah kacang, lodeh,
ayam masak merah, dodol dan bermacam2 biskut raya. Pergi rumah manapun, 
resepinya lebih kurang sama aje..
Kadang-kadang, rasa dah mabuk tengok ayam...

 

Hidangan lepas raya

Lepas raya back to normal. Aku memang suka masakan kampung. 
Paling suka masak asam ikan patin, sayur keladi dan sambal ikan keli.
Tapi KFC, Mc D aku belasah, gak. Korang tengoklah yer, 
gambar antara makanan harian pilihan aku...ada lagi tu, 
cuma tak download jer semua..

Makanan kat Malaysia ni, memang marvellousses...

Rabu, 22 September 2010

Roma or Soya dan kami2...

Hari ni bawak Ramadhan gi Klinik Haiwan lagi utk check up dan masalah kurap kat muker, tinge dan luka2 dibadannya. Ramadhan mmg baik, cool jer...

"..Roma, duk diam-diam yer. Jap lagi kita sampai.."


Sampai kat klinik kul 9.30am, takder org pun. "..agaknya, semua kucing kat kawasan ni, sehat2..". Tapi time aku tengah register, emm...berderet2 ibu2, bapa2, kakak2, adik2 masuk bersama bakul2 piknik diorang.

Cite pasal register, aku terlupa plak, nama Ramadhan masa first time bawak hari tu, aku cakap SOYA. Bukan apa, kerani yg buat register hari tu India. Nanti aku cakap Ramadhan, susah plak dia nak tulis.."macamana eja..? aku gak kena ejakan satu2..takperlah, kad klinik nama SOYA, kat rumah panggil Ramadhan or ROMA, mudah2an dpt berkat bulan Ramadhan, kan Roma...

Inilah kesan luka-luka di badan Ramadhan

Hari ni doktor yg bertugas bukan doktor yg sama masa first time aku bawak Ramadhan ke sini. Paling aku terkedu dia bagitahu, Ramadhan ni dulu mungkin kena dera memandangkan kesan2 luka dibadannya yg teruk. Tambahnya lagi, peratusan untuk bulunya tumbuh semula terlalu nipis sbb kulitnya dah kering. Hancur hati aku mendengarnya...siapalah manusia yg zalim mendera haiwan sekecil ni? bila dia teruk, dah tak berupaya korang tinggalkan dia kat kaki lima kedai...

                             
Sambil tunggu nama dipangil, aku sempatlah sembang2 dgn animal lover yg dtg kat klinik tu.  Macam2 tip, cite lawak, cite sedih tentang kucing kami sembangkan. They all semua peramah.. Itulah, bezanya klinik manusia dan klinik haiwan. Klinik manusia, yg datang tu orang2 sakit. Maner nak sembang2, silap2 kena penyepak - memekak jer, bercakap.. tp klinik haiwan meriah..sbb yg datang tu, orang2 yg sehat..

Pada Ramadhan semuga cepat sembuh dan pd Kak Aida, Rabaeyah, Zila, Mat dan lain2 - Nice to meet you

Jumaat, 17 September 2010

Sleeping Beauty...


Sebelum tidor bergasak dulu...
Lepas tu, buat muker tak bersalah jer....


"..Tolonglah, jangan pukul kami, jangan pijak kami. 
Kami hanya menumpang memohon secubit rezeki.."


Besar sangatkah dosa mereka kepada kita?
Takkan  miskin, memberi mereka makan
Takkan sempit , memberi  mereka ruang
Renunglah wajah mereka, 
 Mereka tidak pandai berdendam,
Mereka hanya pandai menghargai...


Terima kasih pada semua Animal Lover