Rabu, 1 September 2010

Ramadhan 1431H


Walaupun Ramadhan belum sampai kepenghujungnya, tapi aku nak share beberapa perkara yang aku alami sepanjang Ramadahan ini.

First tentulah drive a new car. Alah bukannya kete besor pun, cuma kete adik-adik ajer. Ramai kata, "tak perasan aku dah tukar kete..",  aku jawab senang jer.."mana nak perasan kete kecik...." . Paling penting kete ni sbb senang nak bawak abah aku pegi klinik or hospital. 
 
Bila sebut pasal abah aku, aku terus teringat hari ini dia ada minor surgical operation di Hosp Selayang. Harap-harap semuanya berjln dgn lancar selepas 2 x tertangguh.Sejak emak aku tak ada, abah aku mmg nampak kurang ceria. Kesian kat dia..."abah kuatkan semangat, kami akan sentiasa ada menemani abah sepanjang masa. .."

Bulan puasa ini, biasalah malamnya ada terawih. Minggu pertama, aku tak dpt pegi sbb MC yg dihalalkan dlm agama. Namun ada bbrp perkara yang berlaku sepanjang aku gi terawih ni. 

Pertama, aku nak sebut pasal yg duduk lepak2 ni. Ada sekumpulan insan lelaki yg mulia ni, dr aku pegi terawin duduk kat simpang tu sampai aku balik terawih masih lagi duduk kat situ ..huha, huha.. tempat diorang lepak tu hanya bbrp meter jer dr surau.. cuma terlindung sikit aje..Kot iya pun korang uzur, duduklah kat rumah tak payahlahn nak tunjuk muka korang yg mmg tak hensem tu kat  kami yg nak gi terawih ni..dahlah bising, siap main mercun , pasang meriam lagi... tekujut-tekujut kami yg tengah sembahyang ini..

Kedua, tadi Boss aku baru ajer bagi cek RM 1000 utk surau tempat aku. Alhamdulillah, terima kasih banyak2 Dato' Kamaluddin Mat Ali CCEO Tabung Haji yg bagi cek tu. Terima banyak2  untuk Boss aku Tn Hj Mahmod yg berusha utk cek itu. ( Boss aku ni, adik Dato' Kamaluddin tu..). Boss aku dah cuba nak serahkan cek tu sendiri kat Pengerusi Surau tp tak jumpa, so dia suruh aku serahkan. no problem. Akan aku sampai.. pasti !!

Ketiga, Pertemuan dan perkenalan aku dengan Heroes, En Hairey dan Fan kakimotong. Aku ada buat catatan khas tentang ini, korang bacalah sendiri..erk,

Keempat, First time sembahyang terawih kat surau baru. Siap ada ekon surau ni.. coolll jer... Tapi selalu blackout. Mlm tadi, blackout time masa rakaat keempat terawih. Ramai gak yg tarik diri..Biarlah itu pilihan masing2. Aku dah pening2 gak, tp control mancho..Alhamdulillah sampai gak kehujungnya..


Kelima, satu malam masa aku balik dr surau, mata aku terpandang kearah bukit Genting yg memang jelas boleh nampak dari jln aku balik. Puas aku kelip2kan mata tapi benda yg sama jugak aku nampak....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan