Isnin, 30 Ogos 2010

Joget kucing...

Hahaha kelakar-kelakar jugak kartunnya tapi boleh la ikut senaman nie untuk hilangkan stress anda tu. Kerja..kerja jugak..kesihatan pun nak kena jaga. Haah..Hanya amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2…Gambar mengikut turutan arahan.

p3ax4 p4mz7 p6ap1 p7ed0 p8so1 p9ci2


1.Ni ala taichi sikit la…sebagai intro dan warming up..
2.Tiru la macam ni…untuk melegakan bahu dan leher..
3.Gerak kekanan kemudian ke kiri..
4.Ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
5.Tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..
6.Dah tu buat gerakan tangan dan badan…buat macam happy aje..
7.Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…buat macam takde masaalah…

p10hz3 p11vv5 p12tt1 p13pq5 p14cs8


8. Buat secara aggresive pula…jangan peduli apa orang lain kata..
9. Hilangkan semua stress..
10. pusingkan kepala…
11. tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
12. Akhir sekali buat joget kucing…

SELAMAT MENCUBA…

Inilah aku....

Aku, anak gadisku dan anak-anak buahku tersayang

Assalammualaikum,
Dah lama aku tak menulis disini. Iyalah kalau ada 2 blog dan 2 facebook yg kena handle, kadang-kadang timbul jugak masalah masa dan pengisiannya. Lately, aku lebih sibuk update blog n FB tempat aku bekerja. Iyalah, itu periuk nasi aku,kan. Kenalah jaga betul2. Kalau tidak miss soruuu n see u next counter...

Satu hal lagi, masalah beruk band ni. Selalu bebenor 'server not found'. Geram jer aku. Tengah bersemangat nak menulis dgn idea yg melimpah ruah, tiba2 selambek ajer dia tulis "sever not found" tak berasap, ker dibuatnya...sampai kadang2 aku siap baca doa selamat sebelum on kan komputer..

Oklah, mungkin ada yg keliru tentang identiti aku. Siapa Kimora, siapa Rosmawati tu? (Yusof tetap sama). Sebenarnya, kimora or rosmawati tu org yang sama. Aku letak nama kimora tu sempena nama "KIMORA LEE SIMMON" alah makcik yg seksi kat ranc. Kimora Fab Lane tu... Seksi tu jangan pandang. Aku cuma kagum tentang kejayaannya dan kesungguhannya bekerja. Memang kelas...dia seorang wanita yang bekarisma, serius ketika bekerja tp naluri keibuannya tetap ada. Kalau boleh aku nak jadi seperti dia..berjaya atas usha sendiri...mudah-mudah, Insya Allah..

Jumaat, 13 Ogos 2010

Puasa tahun ni...1431 hijrah

First day puasa ditahun 1431. Pagi tu, sahur simple jer, segelas minuman bijirin dan bbrp ketul nugget.Mlm tadi dah start terawih tp aku pandai-pandai jer pujuk hati, malam esok ajerlah pegi... aku mmg nak pegi tapi entahlah..tambah pulak sinadiah tu cakap "malam esok jerlah pegi, bu...".

Lepas sahur, layan laptop kjp, lps tu sambung tidur, terlajak plk sikit..so pegi sekolah terlewat sikit. Sampai sekolah, line tempt aku parking dah byk kerete, heran jugak  "awalnya cikgu2 ni datang..". Rupanya ada bacaan yassin di kwsn dpn kedai buku. Dari jauh aku dah nampak someone, tercegat kat dpn pintu kedai..alamak, habislah

"Assalammualaikum, ..... - waalaikumsalam, budak-budak ini bising.Bukak kedai pukul brp? 7.15..emmm klw boleh bukak awal, lagi elok. Insya Allah", layan ajerlah .Samb.nya lagi,. " saya nak beli pen merah,.. bagi saya yg harga rm 1.20 tu.." Dia bagi duit  50 hingget utk bayar. "hish, besonya duit. Dia nak uji aku apa ker ni? nanti klw aku tak ambik, takut pulak dia kata " ingat saya tak de duit, ker nak bayar ? klw aku ambik, takut plk dia kata "1.20 pun nak kira, aku ini ....." Last, aku nekad, ambik duit 50 hingget tu, tapi  yg 20 sen tu aku cut. Return kat dia 49.00, dia terus ambik n tak cakap apapun. Ok, tak per... mungkin dia nak cepat, lg pun kita ikhlas, kan....

Today a little bit tried jugak, sbb jual kad raya.Tahu2 lah, sibuknya. Apapun, dah berangan mlm kang nak pegi terawih.Tapi syg 1000x syg...at afternoon .. hey ladies... ok takper, itu kehendaknya, kan.
Ptg gi bazar ramadahan kat Sg Buaya, terkujut jugak. Kuih seketul 40sen ? kecik plk tu, em...nak buat camna, belilah jugak....

2nd day, pose....Pagi tu, En Aziz cuci kolam sambil cerita2 dgn baiyah psl their team working. I no komenlah, mmg susah klw dah ramai2 ni. Ade ajer masalah, tak puas hatilah, macam2lah. Sib baiklah, aku keje sorang-sorang. Senang nak buat camna, tak timbul soal tak puas hati cuma penat sikit, kdg2 tu boring.. tp tu semua not the big problem. Cuma problemnya bila nak cuti, susah sikit sbb takder org nak cover..sbb tulah aku susah nak cuti !!

Tengah sembang2, my boss dtg. Tekezut jugk, apahalnya? em.. nak ambik borang tender, mudah-mudahanlah dapat. Aku risau jugak ni,,klw org baru, nak ker dia ambik aku keje lagi? worried..worried..harap-harap, oklah semuanya, aminnnn..........

Than, my boss tanya, mlm tadi terawih kat mana, kat masjid ? Alamak, apa aku nak jawab ni. So,  aku pun kelentonglah, " kat surau - ramai orang? - tak, sgt - siapa imamnya? tak, tahulah, tak nampak..." ha..ha.. sorrylah, boss. Takkan aku nak cakap, I'm uzur......

6th day - Hari ni, hari Isnin. Aku still tak pose lagi...Biasalah, tak pose taklah bangun sahur. Cuma kejutkan si Nadiah jer. Begang betul dia, aku sedap jer melanjutkan usia tidur ku dan dia terpaksa sahur corang2. Alah, lelaxlah, buat tu mesti dgn niat yg ikhlas, kan...

Sbb tak pose, aku pun bersaraplah seperti biasa sebelum gi sekolah. Alah, telan nestum 3 in 1 jer, itupun jealous, ker?. Pagi tu, kat sekolah ok lagi. 8.30am, aku gi sek kg utk ambik duit sambil hantar bendera n kertas lukisan. Aku iya2lah bawak bendera, rupanya sampai kat sek kg diaorg tengah sambut merdeka. Em..membazirlah bendera aku bawak ini sbb diaorg dah sambut merdeka dulu. Boleh ker, blm hari merdeka dah sambut merdeka ? gasak diaorglah....., sekolah diaorg....yg engko sibuk buat ape? aku bukan sibuk, cuma bulum pernah jumpa lagi kejadian cam ni....

Lepas talk2 dgn painah, aku balik semula sek bandar. Bermulalah episod mengantuk...tengah aku mabuk2 mengantuk, kak Sal masuk. Ingatkan nak ajak sembang, rupanya dia selambek jer angkat dua2 kaki , tidor atas kerusi panjang tu... em..aku pun layanlah budak2 rehat membeli, kurenglah sikit mengantuk...

Tapi lepas rehat, aku mmg mengantuk gila. Keluar masuk kedai buku. Ada toilet dekat, aku pegi toilet jauh sbb nak hilangkan mengantuk tp masa jln tu jer, ok. Duduk kjp dlm kedai buku ,mengantuk menyerang semula. Sampai pening, rasa nak muntah dibuatnya menahankan mengantuk. Takkan nak tidur, nanti tekezut boss aku or boss sekolah masuk, tak ker melambung ke siling aku dibuatnya . Mmglah diaorg tak marah, tp value attitude kena jaga. Ini brand pati ayam A1  punyer bkn brand pati itik ... Tapi aku mmg mengantuk giler hari ni..

Balik rumah, terus cari makanan sbb rasa kepala aku dah terbalik kebawah, kaki dah naik keatas...punyalah pening. Hah, ada sambal ikan keli atas meja tu, Best2..aku pun terus senduk nasi. Tapi sebaik jer, nasi tu masuk kemulut, rasa nak keluar balik.....keli basiiiiiiiiiiiii......ha..ha..ha..,








Khamis, 12 Ogos 2010

Kedai buku SK BSB


Jom ikut teman melawat kedai buku SK Bdr Sg Buaya. Inilah Shopping Mall SK BSB. Kat sinilah tempat membeli keperluan sekolah, tempat bertemu teman, tempat cuci mata..cuci tangan?, sila ke bilik sebelah, ya. Tempat ni memang happening walaupun kadang-kadang pening. Trademark dia, kalau kat luar tu "Destinasiku..", kat dalam " Smart n Smile".

Jom kita masuk pulak. Tapi sebelum masuk, make sure you all boleh berenang,ok. Tak kiralah, kuak lentang ke, gaya kupu-kupu ke, gaya penyu ke...asalkan boleh berenang. Jangan lupa bawa bawa lampu suluh, kat dalam sana tu gelap, cuma bercahayakan bulan dan bintang jer. Sapa yg pakai gigi palsu ke, braces ke, bukak awal-awal takut nanti tinggal tunggul jer....

Ada apa kat dalam tu? Em..kalau nak tahu, korang datanglah sendiri..Dibuka Isnin-Jumaat, 7.15am - 4.00pm. Masuk percuma. See U there... or lawati facebook: kedaibuku SKSBS or website: adarskbsb

First time....

Ini bukanlah first aku bukak blog, dah banyak kali tapi tak pernah menjadi. Entah sesat kemana-mana peginya. Bila keluar, nak masuk balik dah tak jumpa.... Buat balik, tak tahulah dah berapa banyak akaun aku buat. Macam-macam Kimora ada. Sat lagi, aku tukar Kumari pulak, kalau tak boleh jugak, aku buat akaun kublah, boleh blah.. bye, bye. Ni nak masukkan gambar pulak problem, dah download, dah sejam aku tunggu tak jugak timbul, entah kemana pulak peginya, ee geramnya aku.. tak pelah, nak belajar kena sabor.. Sabar tu, separuh dari Sabariah, bukan gitu En Rimau.....

Zaman aku sekolah dulu, mana ada komputer yang ada typewritter. Itu pun kat pejabat jer. Bunyinya sebatu boleh dengar, macam bunyi orang tumbuk lesung batu.. tak, tuk, tak, tuk... silap-silap jari masuk celah keyboardnya...Aku masa tunggu SPM dulu pun belajar menaip, so sekarang bolehlah menaip tu laju sikit. Taklah macam patuk ayam. Ada sepuluh jari tapi guna jari telunjuk ajer. Silap-silap esok, kontot pulak jari telunjuk tu...padan muka korang...

Aku habis SPM terus sambung belajar kat RIMA College dlm bidang komputer. Itupun FELDA yg taja, kalau duit sendiri mana mampu...Jadi komputer ni aku dah kenal lamalah. Korong nak tahu, kebetullan cerita pasal first time ni,, so, first time aku pegang komputer, alahai takutnya. Nak tekan keyboard takut sangat, macamlah keyboard tu nak gigit jari jer..Lagipun, sebab aku dah biasa menaip guna typewritter, korang tahulah nak tekan huruf kat mesin taip tu kena ketuk kuat-kuat, baru keluar hurufnya. So, aku pun tekan huruf kat keyboard komputer tu kuat2, apalagi .. menjeritlah leturer aku "hoi, nak kasi pecah ke, keyboard tu.." oklah, nanti ada masa aku sambung tulis lagi....