Jumaat, 13 Ogos 2010

Puasa tahun ni...1431 hijrah

First day puasa ditahun 1431. Pagi tu, sahur simple jer, segelas minuman bijirin dan bbrp ketul nugget.Mlm tadi dah start terawih tp aku pandai-pandai jer pujuk hati, malam esok ajerlah pegi... aku mmg nak pegi tapi entahlah..tambah pulak sinadiah tu cakap "malam esok jerlah pegi, bu...".

Lepas sahur, layan laptop kjp, lps tu sambung tidur, terlajak plk sikit..so pegi sekolah terlewat sikit. Sampai sekolah, line tempt aku parking dah byk kerete, heran jugak  "awalnya cikgu2 ni datang..". Rupanya ada bacaan yassin di kwsn dpn kedai buku. Dari jauh aku dah nampak someone, tercegat kat dpn pintu kedai..alamak, habislah

"Assalammualaikum, ..... - waalaikumsalam, budak-budak ini bising.Bukak kedai pukul brp? 7.15..emmm klw boleh bukak awal, lagi elok. Insya Allah", layan ajerlah .Samb.nya lagi,. " saya nak beli pen merah,.. bagi saya yg harga rm 1.20 tu.." Dia bagi duit  50 hingget utk bayar. "hish, besonya duit. Dia nak uji aku apa ker ni? nanti klw aku tak ambik, takut pulak dia kata " ingat saya tak de duit, ker nak bayar ? klw aku ambik, takut plk dia kata "1.20 pun nak kira, aku ini ....." Last, aku nekad, ambik duit 50 hingget tu, tapi  yg 20 sen tu aku cut. Return kat dia 49.00, dia terus ambik n tak cakap apapun. Ok, tak per... mungkin dia nak cepat, lg pun kita ikhlas, kan....

Today a little bit tried jugak, sbb jual kad raya.Tahu2 lah, sibuknya. Apapun, dah berangan mlm kang nak pegi terawih.Tapi syg 1000x syg...at afternoon .. hey ladies... ok takper, itu kehendaknya, kan.
Ptg gi bazar ramadahan kat Sg Buaya, terkujut jugak. Kuih seketul 40sen ? kecik plk tu, em...nak buat camna, belilah jugak....

2nd day, pose....Pagi tu, En Aziz cuci kolam sambil cerita2 dgn baiyah psl their team working. I no komenlah, mmg susah klw dah ramai2 ni. Ade ajer masalah, tak puas hatilah, macam2lah. Sib baiklah, aku keje sorang-sorang. Senang nak buat camna, tak timbul soal tak puas hati cuma penat sikit, kdg2 tu boring.. tp tu semua not the big problem. Cuma problemnya bila nak cuti, susah sikit sbb takder org nak cover..sbb tulah aku susah nak cuti !!

Tengah sembang2, my boss dtg. Tekezut jugk, apahalnya? em.. nak ambik borang tender, mudah-mudahanlah dapat. Aku risau jugak ni,,klw org baru, nak ker dia ambik aku keje lagi? worried..worried..harap-harap, oklah semuanya, aminnnn..........

Than, my boss tanya, mlm tadi terawih kat mana, kat masjid ? Alamak, apa aku nak jawab ni. So,  aku pun kelentonglah, " kat surau - ramai orang? - tak, sgt - siapa imamnya? tak, tahulah, tak nampak..." ha..ha.. sorrylah, boss. Takkan aku nak cakap, I'm uzur......

6th day - Hari ni, hari Isnin. Aku still tak pose lagi...Biasalah, tak pose taklah bangun sahur. Cuma kejutkan si Nadiah jer. Begang betul dia, aku sedap jer melanjutkan usia tidur ku dan dia terpaksa sahur corang2. Alah, lelaxlah, buat tu mesti dgn niat yg ikhlas, kan...

Sbb tak pose, aku pun bersaraplah seperti biasa sebelum gi sekolah. Alah, telan nestum 3 in 1 jer, itupun jealous, ker?. Pagi tu, kat sekolah ok lagi. 8.30am, aku gi sek kg utk ambik duit sambil hantar bendera n kertas lukisan. Aku iya2lah bawak bendera, rupanya sampai kat sek kg diaorg tengah sambut merdeka. Em..membazirlah bendera aku bawak ini sbb diaorg dah sambut merdeka dulu. Boleh ker, blm hari merdeka dah sambut merdeka ? gasak diaorglah....., sekolah diaorg....yg engko sibuk buat ape? aku bukan sibuk, cuma bulum pernah jumpa lagi kejadian cam ni....

Lepas talk2 dgn painah, aku balik semula sek bandar. Bermulalah episod mengantuk...tengah aku mabuk2 mengantuk, kak Sal masuk. Ingatkan nak ajak sembang, rupanya dia selambek jer angkat dua2 kaki , tidor atas kerusi panjang tu... em..aku pun layanlah budak2 rehat membeli, kurenglah sikit mengantuk...

Tapi lepas rehat, aku mmg mengantuk gila. Keluar masuk kedai buku. Ada toilet dekat, aku pegi toilet jauh sbb nak hilangkan mengantuk tp masa jln tu jer, ok. Duduk kjp dlm kedai buku ,mengantuk menyerang semula. Sampai pening, rasa nak muntah dibuatnya menahankan mengantuk. Takkan nak tidur, nanti tekezut boss aku or boss sekolah masuk, tak ker melambung ke siling aku dibuatnya . Mmglah diaorg tak marah, tp value attitude kena jaga. Ini brand pati ayam A1  punyer bkn brand pati itik ... Tapi aku mmg mengantuk giler hari ni..

Balik rumah, terus cari makanan sbb rasa kepala aku dah terbalik kebawah, kaki dah naik keatas...punyalah pening. Hah, ada sambal ikan keli atas meja tu, Best2..aku pun terus senduk nasi. Tapi sebaik jer, nasi tu masuk kemulut, rasa nak keluar balik.....keli basiiiiiiiiiiiii......ha..ha..ha..,








Tiada ulasan:

Catat Ulasan