Jumaat, 25 Februari 2011

Bersyukurlah....



Bersyukurlah apa yang Tuhan berikan pada kita hari ini.
Tapi manusia selalu tidak pernah puas...

1. Bila anak masih kecik2 lagi
Hish, orang tu. Tarkder keje lain ker?
Asyik beranak jer. Tiap2 tahun beranak
Bederet anak dia macam keteapi. .......

2. Bila dah besor sikit
Bilalah engko ni nak keje. Sampai bila emak bapak nak tanggong?


3.Bila dah keje,
Soalan ni pulak keluar. Bila ko nak kawin ?.
Tengok orang tu, tengok orang ni....
Sapa tak nak kawin. Jodoh tu boleh dipaksa2 datang ker, makcik..?

4. Bila dah kawin
Sibuk pulak tanya, bila ko nak beranak ni....?
Aduh, nak ambik anak angkat pun susah. Itu proses manusia dengan manusia.
Inikan pulak anak sendiri, proses manusia dengan Tuhan. Lagilah susah.

5. Dapat anak sorang,
Takkan sorang jer...Suker hati jer diorang cakap. Kita tak tahu masalah dia,
lagipun suker hati dialah. Duit dia, badan dia...so yg kita sibuk2 tu ngapa?

6. Bila laki @ bini orang meninggal
Sibuk lagi. Ko tak nak kawin lagi ker, sampai bila..?
Bila orang tu bergaya sikit, selalu keluar lagilah dia mengelupur sibuk.
Pleaselah, tak semua ibu tunggal atau mereka yang belum kawin tu jahat.
Ada jugak isteri atau suami orang yang jahat....

7. Bila dah tua..
Bila pulak orang tua ni nak..... ASTAGQFIRULLAHALL AZIM.
Ingatlah tak cium bau Syurga anak yang durhaka


Hormatilah hati dan perasaan orang lain.
Kita diberi hati dan perasaan, akal dan fikiran... GUNAKANLAH...






Isnin, 21 Februari 2011

Seloka kucing tinggal..


Mari sini dengar seloka..
Kisah kucing ditinggal tuanya

Rela atau terpaksa. Suka atau duka .....
Sukar untuk diteka.
Tak baik kita mengata, nanti berdosa.
Kita tak rasa, apa yang menekan mereka.
Ini hanya cerita untuk dikongsikan bersama...

Bangun pagi tuan dah tiada. Lari malam dengar cerita
Ditinggalkan nasi dan air saja. Itulah bekal terakhir mereka.

Ini Untie nama mesra. Sedang sarat menunggu masa...

Kireen ...jejaka pemalu. Jalan tunduk selalu..

Si Juling. Jalan tak perpaling tapi mata menjeling...

Ini Bunga. Sedang menunggu keputusan SPM

Ramadhan baik mesra orangnya
Tak kisah berkawan dengan siapa
Jangan menangis saudaraku semua
Jemput datang ke rumah hamba

"Kalau mama dah senang, datanglah ambil kami disini...."


Mudah-mudahan Tuhan lindungi kita semua...


Rabu, 16 Februari 2011

What you should and what should not....


Disini ada beberapa perkara yang patut dan tak patut anda dilakukan....

Jangan menceroboh masuk rumah orang.
Nanti periuk belanga terbang melayang-layang,

Jangan berak kat laman rumah. Tandas awam banyak disediakan

Kasihi mereka yang lemah

Pintu tempat masuk dan keluar bukan tempat berbuai...

Rabun ker apa budak ni..?
Tengok TV pada jarak yang betul.

Ni apa hal pulak ?. Ada harta karun apa ker dlm kasut tu...?
Menghidu gam satu jenayah. Menghidu bau kasut dan ketiak masam,
tolonglah hentikan. Kena resdung baru tau...

Tidurlah dengan sopan. Jaga pandangan umum

Tempat tidur untuk tidur bukan tempat bergusti...

Jangan menggeliat lebih-lebih. Nanti terlebih sudut,
tak boleh nak betul semula...

Kalau nak menyorok, pastikan bontot jugak tersorok...

Tutup mulut bila menguap

Jangan berebut waktu makan. Sopan santun amalan kita

Last but not least, HORMATILAH ORANG TUA .... he, he, he..

Sayang sesangat kamooo semua....






Isnin, 14 Februari 2011

Berdua lebih baik...


Saya jalan sorang-sorang

Saya makan sorang-sorang

Saya main sorang-sorang

Saya tidor sorang-sorang

Saya menung pun sorang-sorang

Mama kata " Belum ada yang sesuai...."








Sabtu, 12 Februari 2011

Anak

7.30 hantar anak ke Kem Kecemerlangan SPM. 8.30 kak Kim pulak ada Majlis Permuafakatan Kecemerlangan SPM dan PMR di sekolah yang sama. First time anak ambil exam besar selepas UPSR dan PMR, memanglah terjuga dan excited dengan program2 cam ini.

Siapa tak nak, anak berjayakan...sanggup lakukan apa saja untuk kejayaan anak...Dalam program tu jugak , ada satu promasi tentang membelajaran melalui internet 'Cikgu2U.Com'. Penerangan dan offer yang diberi nampak menarik jugak. Tengok ramai yg register. So, I follow. Katanya petang nanti boleh terus online. Tapi balik rumah, try online ...TAK BOLEH, punnn.. Takperlah, nanti isnin try tanya kawan yg ambik sama or call orang tu semula. Hope semuanya ok... Kalau tidak 'JAGA YOU..!!' I carik you sampai ke lubang cacing...

Lepas tamat program sekolah anak, terus ke Majlis Persandingan anak kawan. Kak Kim dgn ibu pengantin perempuan mmg kawan baik dr sekolah rendah. Kami berpisah selepas tingkatan 3 krn masing-masing berpindah sekolah. Dan bertemu kembali bila masing-masing dah berkeluarga. Bersusah payah dia cari rumah kak Kim sbb nak bagi surat jemputan tu. Kerna itu juga, walaupun penat kak Kim tetap pergi juga.

Rasa-rasanya, dialah kawan sebaya pertama kak Kim yang anaknya dah kawin. Terkejut jugak. Tanya kat dia, berapa umur anaknya yg jadi pengantin tu...19 tahun... oooo, patut ler..... "Entahlah Ti, nak buat camner. Suh sekolah tak nak, suh keje pun tak nak. Dia nak kawin. Ikut ajelah...". Terdengar seperti suara kesal. "Takperlah Ita, yang penting dia bahagia..." Sebelum pulang, kak Kim pelok kawan kak kim tu. Terasa ada air mata dipipinya...


Apapun tahniah, Selamat Pengantin baru. Pada kawan kak Kim tu, Selamat Menerima Menantu... Tak aperlah..dia dah pilih jalan yang elok, kita restui ajer, lah... Mudah-mudahan kekal dan bahagia hingga akhir hayat, aminnn..

Semuga anak-anakku dan semua anak-anak
di dunia ini, menjadi anak yang berguna
berjaya dunia dan akhirat, amin....



Isnin, 7 Februari 2011

Saat aku menghembuskan nafas terakhir..


Mati itu pasti, hidup itu Insya Allah...

Rejab menghembuskan nafas terakhirnya pagi semalam. Memang kami tak sangka, petang itu dia boleh berjalan2 bertemu dengan rakan2 stray cat dibelakang rumah. Dia masih boleh menelan makanan. Sampai kami tegur dia.." hi, kata sakit tp sibuk berjalan2..". Memang kak Kim positif dia akan sehat..Tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya... bangun pagi kak Kim tengok dia elok tidor ditempat tidornya, tenang wajahnya...rupa dia tidor untuk selama-lamanya. Kak Kim petik setangkai bunga biru ditempat Rejab dan adik2nya selalu bermain dan kak Kim letakkan disisinya. Damailah kau disana, sayang..

Dari malam Syaaban tak henti2 mengiau. Kak Kim tahu dia sakit, tp apa yg mampu kak Kim buat ?. Kak Kim cuba suap makanan kemulutnya tp mulut begitu payah untuk dibuka, seperti telah kaku. Bersama anak, kami usha buka mulutnya. Hanya mampu terbuka kecil, muat2 hujung picagari. Kak Kim pamkan air kemulutnya tapi banyak yg keluar dari yang masuk.... Syaaban tidak mampu bergerak. Lendir pekat semakin banyak keluar dari hidungnya. Perlahan2, kak Kim lap dengan tisu tp ia terus keluar.

Seketika, terdengar seperti bunyi ketukkan disangkar Syaaban. Kak Kim segera tengok, rupakan Syabaan seperti menggelupur dengan kaki serta tangan terangkat2. Nafasnya semakin kencang tercungap2. Subha Nalloh, kak Kim tahu dia sedang berhadapan dengan sekaratul maut...kak Kim bisikkan kepadanya, mama sayang Syaaban, kami semua amat sayangkan Syaaban..Seketika, semua terdiam, terkaku...kak Kim lepaskan Syaaban pergi dengan penuh kasih sayang dan keinsafan..

Safar hingga kini tak kami temui. Kak Kim terus berusaha mencari walaupun harapan semakin nipis. Kak Kim terus berdoa agar Safar segera pulang. Tapi seandainya, ia juga telah menuruti langkah kedua2 abangnya, kak Kim redho. Cuma terkilan, safar tiada kuburnya...

Bukan niat nak menghebah2kan tentang kematian, tapi sebagai peringatan pada diri sendiri dan anak2 kak Kim. Sesungguhnya mati itu sukar untuk dijangka. Dalam sehat, dalam tidor - mati itu ada.

Sedangkan anak2 cumil ini yg jelas suci dari dosa, begitu payah menghembuskan nafas terakhir, apalagi kita...

Samada jasad kita disemadikan dengan sempurna atau ghaib begitu saja...Allah saja yang tahu.


Ya Allah, Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa-dosaku. Jadikanlah hidup dan
matiku dlm keadaan beriman dan kekalkanlah aku untuk
terus mengasihi semua makhluk-makhlukmu, Aminnnn...



Sabtu, 5 Februari 2011

Cuti yg menyakitkan..

Walaupun cuti tak boleh bangun lewat sbb ptg nanti ada tetamu nak datang. Semalam pun ada tetamu yg dtg, cuti2 inilah peluang nak ziarah menziarahi.

Cuba nak bangun, aduh.. sakitnya leher. Nak angkat kepala pun tak boleh, sakitnya Tuhan ajer yg tahu. Usha jugak, bila dpt bangun terus cari cream panas. Gosok2 sampai rasa dah nak melecur kulit leher, tak gak hilang sakitnya. Orang kata salah tidor..entahlah, rasanya tidor biasa ajer..



Ambil air panas, isi dlm botol untuk tuam.
Sampai kerepot botol tu, sakitnya gitu gak.

Fikiran bertambah kalut, macamana nak drive pegi pasar dgn kepala tak boleh berpusing ini? Kebetulan org lain takder kat rumah. Last2 bawak anak, dia tukang tengok kiri, kanan, belakang. Bila dia dia kata "OK.." kak Kim pun cepat2 melintas...

Balik dari pasar terus jemur bantal. Orang kata ambik bantal tu time dia hangat2 terus pukul2kan kat leher yg sakit tu. Ha..ha, kelakar bertambah sakit leher aku kena hempuk2 dgn bantal hangat tu.

Pada semua kak Kim ucapkan selamat bercuti...

Selasa, 1 Februari 2011

21 GUN


Yang sudah, sudahlah... tak mau sedih2 lagi.Yang pergi tetap pergi dan kita juga akan sana, pasti...Hujan diluar rumah dah pun berenti. Hidup mesti diteruskan bersama mereka yg masih ada disekelilling kita. Come on! warm up! Mama tak mau nangis lagi..Tak lama lagi nak raya.
..


Tadi nampak uncle depan rumah tu dah bawak balik peluru mesin gun. Alamak, ini yg buat kak Kim risau balik. Habislah, nipis gegendang telinga aku esok ni..

Mana nak menyorok ini, dalam kotak?

Bawah almari ?

Or sumbat telinga..?

Namun yg paling kak Kim risaukan,
Rejab yang sedang sakit...


Pada semua rakan taulan yg sudi berkongsi kesedihan dan menghulur salam takziah pada entri yang lepas, kak Kim menjunjung kasih mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga. Semuga hidup kalian aman sejahtera, diberkati sentiasa, Aminnn...........