Sabtu, 12 Februari 2011

Anak

7.30 hantar anak ke Kem Kecemerlangan SPM. 8.30 kak Kim pulak ada Majlis Permuafakatan Kecemerlangan SPM dan PMR di sekolah yang sama. First time anak ambil exam besar selepas UPSR dan PMR, memanglah terjuga dan excited dengan program2 cam ini.

Siapa tak nak, anak berjayakan...sanggup lakukan apa saja untuk kejayaan anak...Dalam program tu jugak , ada satu promasi tentang membelajaran melalui internet 'Cikgu2U.Com'. Penerangan dan offer yang diberi nampak menarik jugak. Tengok ramai yg register. So, I follow. Katanya petang nanti boleh terus online. Tapi balik rumah, try online ...TAK BOLEH, punnn.. Takperlah, nanti isnin try tanya kawan yg ambik sama or call orang tu semula. Hope semuanya ok... Kalau tidak 'JAGA YOU..!!' I carik you sampai ke lubang cacing...

Lepas tamat program sekolah anak, terus ke Majlis Persandingan anak kawan. Kak Kim dgn ibu pengantin perempuan mmg kawan baik dr sekolah rendah. Kami berpisah selepas tingkatan 3 krn masing-masing berpindah sekolah. Dan bertemu kembali bila masing-masing dah berkeluarga. Bersusah payah dia cari rumah kak Kim sbb nak bagi surat jemputan tu. Kerna itu juga, walaupun penat kak Kim tetap pergi juga.

Rasa-rasanya, dialah kawan sebaya pertama kak Kim yang anaknya dah kawin. Terkejut jugak. Tanya kat dia, berapa umur anaknya yg jadi pengantin tu...19 tahun... oooo, patut ler..... "Entahlah Ti, nak buat camner. Suh sekolah tak nak, suh keje pun tak nak. Dia nak kawin. Ikut ajelah...". Terdengar seperti suara kesal. "Takperlah Ita, yang penting dia bahagia..." Sebelum pulang, kak Kim pelok kawan kak kim tu. Terasa ada air mata dipipinya...


Apapun tahniah, Selamat Pengantin baru. Pada kawan kak Kim tu, Selamat Menerima Menantu... Tak aperlah..dia dah pilih jalan yang elok, kita restui ajer, lah... Mudah-mudahan kekal dan bahagia hingga akhir hayat, aminnn..

Semuga anak-anakku dan semua anak-anak
di dunia ini, menjadi anak yang berguna
berjaya dunia dan akhirat, amin....



4 ulasan:

  1. Salam...

    Semoga semuanya berada dalam lindungan Allah SWT...

    BalasPadam
  2. Dari Cikgu2u.com...Salam...Insyallah..ok.. kebanyakkanya tidak memilih center..jadi tak boleh login....program ini khusus untuk membantu para pelajar di sg buaya...

    BalasPadam
  3. Dari cikgu2u.. jika ada sebarang masalah..sila call 0136935509 atau facebook cikgu2u...

    BalasPadam