Khamis, 30 Disember 2010

YANG...


Malam ini, malam terakhir bersama 2010. Banyak kenangan yang tercatat, yang tak mungkin kak Kim lupakan. Yang pergi dan yang datang, semuanya tersimpul rapi dlm sanubari diari anak-anak bulusku..


Yang Pergi..

"Mama,..ampunkan dosa kami, halalkan makan minum kami. Kami akan sentiasa doakan kebahagiaan untuk mama dari kejauhan ini.

Mama, jangan lupa kami. Selamat tinggal, mama. Selamat tinggal semua..Kami pergi dulu.
.."


Abang

Kechik dan Tonchet

Ciputz

"Abang, Kechik dan Tonchet, mama tidak akan sekali2 melupakanmu. Kalian sentiasa hadir dlm hidup mama. Amanlah kamu disana, sayangku...."

Untuk Ciputz, semuga Ciputz selamat dan dilindungi walau dimana Ciputz berada sekarang. Mama sentiasa menanti kepulanganmu.."


Yang Datang...

Safar, Syaaban dan Rejab

Kehadiran Ramadhan seminggu sebelum raya dan kelahiran 6 budak hitam yang tinggal 3, membuatkan kami kembali senyum...Semuga kalian senang tinggal bersama kami...



" Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!.."


SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA...


Sabtu, 25 Disember 2010

" Naik-naik kepucak gunung,."



Anak2ku belajar memanjat...


" Naik2 kepuncak kegunung,
Tinggi2 mencapai awan
Kiri kanan, kulihat saja
Banyak pohon cemara.."

Syaaban, ko nangis takut yer....

Ini kucing ker tenggiling..?

Uh, semput nafas aku. Rasa nak putus urat kentut..

Hello gang, aku nampak mak we cutelah kat sana..

Dah macam sidai kain

Rejab, ko reti ker nak turun nanti camner..?
Aku dah rasa nak terkucil ni..

Last2 datang bomba penyelamat. "..Sorilah Mom, ilmu turun nak khatam lagi.
Cikgu dah masuk sepital.."





Jumaat, 17 Disember 2010

GERHANA..

Gerhana bulan dan bulan gerhana dua fenomena yang berbeza. Gerhana bulan adalah fenomena alam dan bulan gerhana pula fenomena kehidupan. Itu pendapat kak Kim yg cuma belajar takat sekolah atap zink, jer. Dulu masa kecik2, arwah emak kak Kim selalu cakap gerhana bulan tu, bulan sakit sebab tu dia berwarna merah.

So, bulan gerhana pulak ertinya kehidupan yang sakit untuk bulan tu....Sorilah, kak Kim tak reti nak susun ayat cantik-cantik. BM pun markah tercekik..


Awal Disember hari tu, Syaaban sakit. Telingnya keluar darah.
Pegi klinik pertama tak menjadi apa, pegi pulak klinik yg kedua baru ok, sikit.

Baru nak bernafas , Ramadhan pulak buat operation. Ingatkan satu operation,
rupanya kena double operation. So, duitnya pun double.

Dalam sibuk mengurus kucing2 , ayahda pulak sakit. Selalunya abang kak Kim yg uruskan, tp kebetulan bulan ini abang tak sihat . So, kak Kimlah ambil alih tugas menghantar ke hospital. Yang paling menyakitkan nak cari tempat parking. Last2, parking tepi gunung..


Balik kerumah duduk sekejap, teringat pulak baju sekolah anak tak berbeli lagi. Hari tu dah tempah kat kawan. Tapi orang suruh besarkan seinci, dia kecikkan seinci. Orang suruhkan besarkan 2 inci, dia besarkan 4 inci. Dahlah macam rupa baju kartun..Memang gerhana betul kak Kim dibuatnya. Kerna malas nak sibuk2 dan kerna kawan, diamkan jer dan beli baju lain.

Kesimpulannya, bulan Disember ini bulan gerhana kak Kim..

Oh bulan mana bintang ?
Atas pucuk kayu ara
Oh tuan mana hilang ?
Dalam dapur atas para...



Ahad, 12 Disember 2010

Nasi lemak, buah bidara..

Mata terpandang2, telinga terdengar2, hati berkata2...

Dah lama dia tak balik.Dua bulan yg lepas ada juga dia balik sesekali tapi sejak lepas raya ni dia lansung tak balik-balik. Kak Kim tahu dia ada, kerana sesekali nampak dia merayau2 dikawasan perumahan ni.



Satu hari kami nekad, akan tangkap dia dan bawa balik. Cari-cari jumpa dia bawah pokok cempedak jiran. Panggil2, pujuk2, siap merangkak2 lagi supaya dia tak lari..


Dapat saja terus bawak dia masuk dalam kereta. Orang keliling pandang semacam jer. Kak Kim buat relax jer sambil tersenyum"..tangkap kucing.." Mereka tersenyum balik.

Dalam kereta, Ciputz tak boleh duduk diam..mengiau2.
Kak Kim pun terikut2 mengiau2..

Sempat tanya, " isteri Ciputz dah berapa..?"
Ciputz marah. Tengok tu, muker dia marah..

Sampai rumah, terus bagi makan...Yum, yum..tak ingat anak bini.
Tokey lalu pun buat tak nampak jer..

Now what ?. " Teh tarik satuuu.."

Relax kejap.

Tiba2 teringat anak bini. "Oh, tidak... Mama, ciputz kena balik ..".
Walaupun, hati berat melepaskanmu, namun Mama hormat dan pasrah.
Ku usap kepala dan kukucup dahinya..Mama akan sentiasa menyayangimu...

Dan akhirnya, Ciputz melangkah pergi...

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan
Tinggallah emak, tinggallah saudara
Kerana kasih, hamba turutkan


Takperlah Ciputz, pintu rumah ni sentiasa terbuka untukmu. Seandainya tiada kebahagian diluar sana, kembalilah kesini. Kami semua sentiasa menerima walau apapun keadaanmu... Tiada istilah, kacang lupakan kulit atau tak mengenang budi kerana kami ikhlas atas segala-galanya..





Khamis, 9 Disember 2010

" Mamaku pulang dari kota.."


Buat sementara waktu ni, kak Kim tak mahu sambung cerita dulu tentang Ramadhan sehingga dia benar2 sehat. Biarlah dia rehat selepas berjam2 bertarung nyawa dimeja pembedahan.

Selepas pulang dari menghantar Ramdhan ke Pusat Vet, kami singgah di Pet Shop pulak. Iyalah, sangkar yang dah terburai tu kenalah diganti baru. Cadang nak beli satu barang jer, tp sampai kat sana, bukan satu tapi dua, tiga, empat barang sekali beli.

1. Handbeg LV

Handbeg lama dah terburai kenalah beli baru.

Sampai kat rumah, si kecik ni buat pondok2 dia.

" You're up and you're down,
You're in and you're out
You're hot and you're cold.."

2. Apartment tiga tingkat

" Mama, apartment ini takder lift, ker..?
Macam dam ular jer.. Banyak tangga2 ni.."


"..Janganlah tolak2 Safar. One by onelah turun.
Nanti terjungkang aku jatuh, sorang lagi masuk wad.."

3. Bola Mainan

Sedang bersedia menerima hantaran bola..

Tak boleh nak tunjuk gambar bola mainannya.
Sebab hari ni beli, esok dah hilang...agaknya, sepak keluar gelanggang..


4. Tilam Vono

"..Yeay, sebelum abang Madan balik. Kita lanyak dulu tilam dia..
Bestnya tilam vono dont know ni.."


"..Dik, air liur wangi tu jangan meleleh keluar, yer.."

"..Nak gugur, gugurlah nangka
Jangan ditimpa sibuah pauh
Nak tidur, tidurlah mata...
Jangan dikenang orang jauh..."


SELAMAT MALAM SEMUA...

Selasa, 7 Disember 2010

" Lelaki ni..." - Part 1

Tengok jam 8.30am. Dail terus nombor suatu pusat kesihatan haiwan. Berkali2 dail baru dijawab. Mana mereka ini dah 8.30 lebih pun tak masuk kerja lagi, ker..? So, aku diberitahu untuk terus membawa Ramadhan pagi ini. Tapi sayang seribu kali sayang, bila aku dan Ramadhan tiba disana, lain pulak cerita. Aku diberitahu, klinik neuter hanya dibuat pada hari jumaat sahaja.
Namun yang lebih menyakitkan hati, mereka masing2 tak mengaku telah menjawab taliponku pagi tadi. Ada sorang staf tu siap berkata, agaknya yg jawab tu driver..Driver?. Apa ini..? Mana pergi staff2 yang bertugas..? Keluar minum tak balik lagi or pergi tandas betulkan make-up?. Untuk cover line, mereka buatkan oppointment untuk aku hari Jumaat ni. Aku hanya diam dan terus keluar.
Alang2 menyelok perkasam biar sampai kepangkal lengan. Lagipun bukan senang aku nak cuti lagi. Aku terus bawa Ramadhan ke Klinik Haiwan persendirian. Bayarannya pun lebih kurang sama jer.


Inilah sangkar Ramadhan yang dah terburai

Ketika aku sedang berurusan dengan kaunter pertanyaan, tiba2 anak gadisku Nadiah, termengah2 sambil mendukung Ramadhan masuk. Aku tanya mengapa.. ?" Dia memberitahu tadi masa nak angkat sangkar Ramadhan keluar dari kereta, bahagian bawah sangkar tu terbuka (terburai). Ramadhan lepas keluar. Nasiblah anakku sebab mengejar dan menangkapnya semula. Alahai, kalau tidak jadi kucing jalanan semulalah si Ramadhan ini. Balik tu terus beli sangkar baru...


Di klinik tu sempatlah bersembang2 dgn berapa animal lover yg juga sedang menunggu giliran berjumpa doktor. Salah sorang berkata.." lepas ini, jadi kucing lembutlah dia..." Sambil menggayakan lentik jarinya.. Aku tegas berkata. "Takderlah..dia tetap macam kucing jantan tapi kucing jantan berdisplin.."

Ramadhan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan doktor.

Sebelum Ramadhan dibawa masuk ke bilik kuarantin, aku diminta menandatangani satu surat berwarna pink. Surat persetujuan pembedahan pendek kata ' surat mati'.. Namun aku telah diterangkan segalanya tentang prosedur pembedahan ini. Aduh, complicated jugak pembedahan seciput ini. Dulu masa buat spay untuk Along, relax jer..takder sign2 surat pun. Ulur kucing, ulur duit, siap...Mungkin ada kes, kot. Apapun bak kata, Dr Chew tu.."we do the best but we need blessing from God..".

Inilah gambar terakhir Ramadhan sebelum dia dibawa kebilik kuarantin. "Mama, cuma boleh hantar Madan setakat ni,jer. Madan jaga diri baik2,yer. Esok mama datang ambik ". Aku berserah pada Allah dan aku letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dr. Chew. Sayu aku melihat Ramadhan dibawa masuk kebilik kuarantin..

To be continue....

Sabtu, 4 Disember 2010

" Kami benci, kucing..!"

Duduk bersembang2 kosong dgn kawan2 waktu rehat. Melintas seekor kucing jalanan, "eee. . comelnya ", kata sorang. Disambut sorang lagi, " comel..? err takderlah...aku memang tak bekenan dgn kucing, kotor !".

Kotor ?. Mengapa nampak kotor yg dibuat kucing saja. Kita sendiri, lagi pengotor...makan bersepah2, buang sampah merata2, ketiak bau hangit, badan bau hapak. Tak sedar. Tengok pulak tandas2 awam. Bersepah sana-sini. Ueeek...nak muntah. So, samalah jugak dgn kucing yang berak merata-rata. Sekurang2nya, dia reti jugak nak timbus lepas berak.
.Jangan kata kucing bawa penyakit saja. Kucing juga penyembuh penyakit. Ia membantu mengurangi kecemasan, melawan penyakit, mengusir kesepian, dan depresi, meningkatkan interaksi sosial dan bahkan dapat memperpanjang umur (ini berkaitan dengan aspek motivasi untuk sembuh dalam diri seseorang yang menderita sakit).


Takut dengan kucing. Kucing tu besar manalah sangat. Walaupun ada yg muka garang macam harimau, taring panjang2 tapi hati mereka lembut. Kalau kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita. Kita ini yang selalu usik dia, acah2 dia. Tarik ekor dia, ambik anak dia . Tentulah dia marah.


Kami bukan takut tapi geli. Geli badan dia lembek2.... Lepas itu jalan pulak tergedik2, terlentuk2.. gesel2 kat orang. Itu semua kejadian Tuhan. Tuhan buat macam tu, sebab mereka ni haiwan peliharaan dalam rumah. Walaupun badan mereka macam lembek2 tapi mereka ada bulu dan berdarah panas. Cukup selesa menyentuh mereka....


"Cakar sana, cakar sini. Habis jahanam sofa mahal aku. Langsir pulak dibuatnya macam buai Tarzan...". Alahai cik kak, buat atau belilah tempat tempat mereka mencakar. Gantunglah apa2, untuk mereka main. Lagipun itu sementara saja. Bila dah besar sikit, mereka tak pandang itu semua..

Bersedekah bukan pada manusia sahaja. Pada haiwan juga dikira sedekah. Mereka juga makhluk Allah, mereka juga berhak di atas muka bumi ini. Jangan nafikan hak mereka.


Akhir kata, sayangi dan kasihanilah pada semua haiwan. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai kucing yang dikasihinya iaitu Mueeza. Tahniah dan terima kasih pada semua yg sudi berkongsi kasih dan rezeki bersama haiwan2 comel ini. Insya Allah, di akhirat nanti kita akan dapat kebaikkannya...

Jumaat, 3 Disember 2010

Matahati dan Matahariku...

Cumil2 semua dah tidor. Tapi tak tahulah, tidur tipu or tidur betul. Tengok sekor tu,mata pejam tapi ekornya menguit2. Sekor lagi pulak, tingenyer bergerak macam radar cari arah.... Tapi aku tahu, cumil2 tu tidor2 kucing " Kepala tak berpaling tapi mata menjeling..". Pandang kat luar, mendung...mana pergi matahari ni...?

Matahari ada disini. Lagu Matahari dan cerita Matahari... semuga ia memberi iktibar kepada kita semua.




Mata Hari bagai Dewi

Mata Hari bukanlah nama sebenar pengintip berdarah campuran Belanda-Jawa ini. Dilahirkan di Leeuwarden, Belanda pada 7 Ogos 1876, nama asalnya ialah Margaretha Gertruida Zelle. Nama pemberian orang tuanya diubahnya kepada Mata Hari kerana dia menginginkan kehidupan baru, seperti "matahari" yang akan membuka lembaran baru dalam kehidupannya.

Kisah hidup wanita yang berkahwin pada usia 19 tahun ini memang cukup suram. Ketika dia berusia 19 tahun, tepatnya tahun 1895, dia telah dikahwinkan dengan Rudolph Macleod,(39 tahun). Rudolph adalah tentera tinggi militer Belanda yang bertugas di Indonesia. Pasangan baru dihantar ke Indonesia, pertama kali tinggal di Semarang. Margarethe senang dengan rumah di Semarang yang nyaman. Kemudian berpindah ke Malang di daerah Tumpang. Di situ Margarethe suka bermain di candi Jago, candi Kidaldan candi Singosari. Dia mengagumi tarian Serimpi yang ditarikan di candi-candi tersebut. Dia juga pernah dibuang sekolah gara-gara berskandal dengan guru sekolahnya. Anak lelakinya pula mati akibat keracunan, dan dia diceraikan pada tahun 1906 .

Matahari yang malang...rebah dihujung peluru

Sebelum terjun ke dunia perisikan, wanita yang memiliki kod rahsia H21 ini memulakan kerjaya sebagai penari eksotik di Paris. Postur tubuhnya digambar besar dan lansing. Kemolekannya seperti seekor binatang liar. Seorang perempuan cantik yang mirip dewi anehnya berkulit berwarna kelam dan berambut hitam. Ia juga mengaku berasal dari India. Kerana itulah dia menukar namanya kepada Mata Hari. Berbekalkan kehebatan tarian erotik yang dipelajari di India dan daya pikatnya yang tinggi, dia menjadi terkenal di mana-mana. Keadaan inilah yang kemudian menyeretnya ke dalam dunia perisikan. Saat menjadi penari bogel di Berlin, agen rahsia Jerman merekrutnya.

Mata Hari kemudian sering berulang alik antara kota mahupun antara negeri. Kerana sudah terkenal dia tidak punya masalah untuk menyusup, termasuk ketika Perang Dunia I. Dia sering dan dengan mudah membuat hubungan cinta dengan banyak orang penting, juga ditawarkan sebagai mata-mata Peranchis dengan honor 1 juta Frank pada saat itu.

MI5 mulai curiga dengan kegiatan Mata Hari, agen rahsia Inggeris itu mula menyoal siasatnya. Namun mereka tidak boleh memaksa Mata Hari untuk membuka mulut. Berkali-kali soal siasat dilakukan, namun hasilnya hampa. Sampai akhirnya, agen rahsia Perancis berhasil menangkap dan menyoal siasatnya saat dia akan menyeberangi Perancis untuk mengunjungi salah satu hubungan cintanya. Agen rahsia Perancis menangkap Mata Hari kerana diyakini dialah "Perisik Wanita Teragung" yang mesti bertanggungjawab atas kematian beribu-ribu tentera, akibat risikan yang diberikannya.











The execution of Mata Hari in 1917

Dia lalu diadili dipengadilan perang dan dijatuh hukuman mati. Pada pagi Isnin , 15 Oktober 1917 di Bois de Vincennes, bahagian timur kota Paris. 12 rejimen artileri siap dengan senapan dipagi yang dingin dan berkabut menjalankan hukuman tembak keatas MataHari. Akhir Mata Hari rebah kebumi dan mayatnya dikebumikan diperkuburanVincennes. Dua tahun kemudian Jeanne-Louise, anak perempuan Mata Hari yang sedang menginjak usia 21 tahun meninggal dunia akibat pendarahan di otak.


YANG BAIK JADIKAN TELADAN,

YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN....



Rabu, 1 Disember 2010

" Tuhan, tolonglah....."


Kita berusaha tapi Tuhan menentukan. Berushalah apa cara sekalipun selagi tak menyalahi hukum dan undang-undang. Jangan taksub pada satu perkara sehingga kita lupa perkara2 lain.

Penyakit memang penawarnya ubat. Tapi ubat bukan saja datang dari kaunter klinik atau hospital tapi juga dari sekelilling kita. Dari kasih sayang, dari sentuhan, dari belaian dan yang pasti dari Doa pada yang Esa.

Ikutilah sepanjang hari dan pengalaman kami bersama Syaaban yang sedang sakit.



Moral support dari Safar dan Rejab

Safar dan Rejab bagai memahami, saudaranya sakit. Mereka sentiasa berada berdekatan dengan sangkar Syaaban. Sesekali, mehulurkan tangan. Bagai memujuk " Sabarlan Syaaban, kami akan sentiasa menemanimu disini.."


Syaaban dalam dakapan bondanya. Kasihnya Ibu membawa ke Syurga..

Bondanya Karat, kubawa masuk kedalam sangkar Syaaban. Karat terus mendakap anaknya. Tersentuh hatiku melihatnya. Karat bagai berkata, " Ibu ada disini sayang, tidorlah anakku.."


Abang Madan datang ziarah pesakit. " Jampilah sikit abg Madan.."

Ramadhan bagai kehilangan. Dulu selalu main kasut bersama.
Tapi kini tiada lagi. "Abang akan tunggu adik sehat...."


Kena sabar, kena luangkan masa

Sebelum pergi dan balik kerja kena uruskan Syaaban.
Bagi makan ubat, bersihkan badan dan sangkarnya.


Kena pegang dgn soft and gentle

Saiz badan yang kecil, membuatkan serba salah. Pegang kuat, takut pulak tulangnya masih lembut, nanti... tak pegang kuat, lepas pulak..

Jangan lupa Bismillah dan Selawat

Dia juga mahkluk Allah. PadaNya kita bermohon, padaNya kita meminta....
" Ya Allah, bantulah kami, insan yang kerdil ini.."


Jangan berkira sangat kos perubatannya

Pergi klinik yang pertama, tidak membawa kesan.
Aku bawa pula dia ke klinik yang kedua. " Mama akan terus berusha..."

Safar bagai memberitahu, "Mama, tolonglah abg Syaaban ni..."

Terima kasih semua

ALHAMDULILLAH..., kini Syaaban dah beransur pulih. Terima untuk semua yang mendoakan Syaaban.