Namun yang lebih menyakitkan hati, mereka masing2 tak mengaku telah menjawab taliponku pagi tadi. Ada sorang staf tu siap berkata, agaknya yg jawab tu driver..Driver?. Apa ini..? Mana pergi staff2 yang bertugas..? Keluar minum tak balik lagi or pergi tandas betulkan make-up?. Untuk cover line, mereka buatkan oppointment untuk aku hari Jumaat ni. Aku hanya diam dan terus keluar.
Alang2 menyelok perkasam biar sampai kepangkal lengan. Lagipun bukan senang aku nak cuti lagi. Aku terus bawa Ramadhan ke Klinik Haiwan persendirian. Bayarannya pun lebih kurang sama jer.
Ketika aku sedang berurusan dengan kaunter pertanyaan, tiba2 anak gadisku Nadiah, termengah2 sambil mendukung Ramadhan masuk. Aku tanya mengapa.. ?" Dia memberitahu tadi masa nak angkat sangkar Ramadhan keluar dari kereta, bahagian bawah sangkar tu terbuka (terburai). Ramadhan lepas keluar. Nasiblah anakku sebab mengejar dan menangkapnya semula. Alahai, kalau tidak jadi kucing jalanan semulalah si Ramadhan ini. Balik tu terus beli sangkar baru...
Di klinik tu sempatlah bersembang2 dgn berapa animal lover yg juga sedang menunggu giliran berjumpa doktor. Salah sorang berkata.." lepas ini, jadi kucing lembutlah dia..." Sambil menggayakan lentik jarinya.. Aku tegas berkata. "Takderlah..dia tetap macam kucing jantan tapi kucing jantan berdisplin.."
Ramadhan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan doktor.
Sebelum Ramadhan dibawa masuk ke bilik kuarantin, aku diminta menandatangani satu surat berwarna pink. Surat persetujuan pembedahan pendek kata ' surat mati'.. Namun aku telah diterangkan segalanya tentang prosedur pembedahan ini. Aduh, complicated jugak pembedahan seciput ini. Dulu masa buat spay untuk Along, relax jer..takder sign2 surat pun. Ulur kucing, ulur duit, siap...Mungkin ada kes, kot. Apapun bak kata, Dr Chew tu.."we do the best but we need blessing from God..".
Inilah gambar terakhir Ramadhan sebelum dia dibawa kebilik kuarantin. "Mama, cuma boleh hantar Madan setakat ni,jer. Madan jaga diri baik2,yer. Esok mama datang ambik ". Aku berserah pada Allah dan aku letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dr. Chew. Sayu aku melihat Ramadhan dibawa masuk kebilik kuarantin..
To be continue....
betul kak mmg sakit hati berurusan dgn klinik kerajaan nih, dah banyak kali kena. mentang lah hanya nak menguruskan haiwan buat keje sambil lewa geram betul!
BalasPadamsmoga ramadhan baik-baik saja :)
saya dulu selalu hantar kat sana.
BalasPadamtapie skang banyak buat kat swasta jerk.
sbb kat spca macam kena charge.
bulu panjang tambah lagie rm20.
sama jer kan.
berapa diorg charge kat situ?
BalasPadamDeQdEq pun lebih percayakan vet swasta dari kerajaan...biarlah terpaksa bayar lebih, asalkan puas hati dgn kerja dan service diorang
BalasPadam