Selasa, 25 Jun 2013

Gong & Rebana Ubi...


Assalammualaikum,

Selepas si Bolat tak datang lagi rumah kak Kim,
Ada kucen baru pulak yg tak kurang hensemnya  menjelma.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

V
Ni dia....

Kak Kim namakan dia Gong. 
Sebab badan dan mukernya besor macam gong.. he, he..

Gong taklah garang sangat....
Tp liar sikit. Sampai skrg tak merasa lg nak pegang dia.









Selasa, 18 Jun 2013

Selasa, 11 Jun 2013

Tiba di Sg Petani..


Assalammualaikum,

KTM Ekspress Senandung Langkawi tiba 
di stesen Sg Petani jam 6.40. 
Lewat 1/2 jam dr waktu yg dijadualkan. 

Rehat jap sementara tunggu hari terang sikit.
 Byk tempat menunggu, surau ada, KFC pun dekat.
Tp kami tunggu di stesen jer, malas nak gi maner2..
7.30 am tiba di homestay. AFIQ homestay diberi nama.
Homestaynya mmg selesa. Siap ada pondok2 lg dpn rumah.

Inilah kete yg pehak homestay  sediakan utk kegunaan kak Kim
sepanjang berada di Sg Petani. Kereta ini FOC. Belasah jerlah,
minyak semua dia tanggung. Oklah tu...
Tp bila start injin, tekan minyak.. mak ai.. cam bunyi 
kete rempit..  seketul2 kuar bunyinya.. he, he,he..

Jalan masuk ke UiTM kakak..,
Biasalah, UiTM mmg sinonim ngan kaler purplenya...

Pintu masuk utama ...

Kolej kediaman kakak - KOLEJ MURNI
Cantikkan, bolehlah....

Bestnya kolej kakak ni, tuan rektor UiTM pun duduk sekali 
dlm bangunan kolej yg sama dgn studentnya.
Lagi best, tuan rektor sekeluarga peminat kucing...

Nilah sangkar kucen tuan rektor yg terletak tepi
pintu masuk rumahnya. Time ini meow2nya takder,
mungkin dia bawa masuk.
So, kucen2, jemput dtg ke UiTM Kedah.
Bossnya animal lover.. he, he..
Kakak check in masuk. Barang2nya mengalahkan org berkeluarga.  
Datang awal, bolehlah pilih katil, pilih tilam yg kita suka...
Katil kakak dah siap kemas. Siap ada bantal meow-meow lg.

Lepas kemas barang-barang kakak, 
gi jenjalan bandar Sg Petanil lak.
Tu yg nampak, tulah gunung Jerai...
Time nak pegi, elok jer.. Time nak balik semula
 ke homestay, mulalah sesat entah kemana2...
Sepanjang jalan ke bandar Sg Petani, nilah yg
sempat kak Kim rakam. Maklumlah, first time dtg..
mana nak peratikan jalan lagi...
Kat bandar SP, shopping barang kakak kat
Central Square jer. Nak gi tempat lain tak reti jalan..
Masa order makan kat Mc D, pekerja tu tanya,
" Nak kola biasaq, na..." Terkedu kejap..
Ooo... baru ingat kat sini, kita biasa sebut
" regular coke.."

Ni pulak, meow-mewo kat stesen  keretapi 
Sempatlah menjamu mereka....
Tgk ada disediakan kotak, mungkin itu tempat
meow-meow tu tidor...

8.00pm bertolak balik. Satu hari yg padat dgn bermacam
aktiviti dan pengalaman.

Bye, bye Merbok.
ZZZZZzzzzz......


Ahad, 9 Jun 2013

All night long, with Senandung Langkawi...

Assalammualaikum,

Setelah 30 th tak naik train, (komuter selalulah) semalam 
dgn penuh semangat dan terkesimanya naik
 train Ekspress Senandung langkawi ke 
Sg Petani hantar anak balik UiTM.
Selama ni tak perasan, baru skrg perasan
semua train waktu malam dipanggil SENANDUNG
(mentang2lah malam tu hitam.. he, he, he...)
dan siang dipanggil SINARAN...
Ni tengah tunggu train. Selalunya hantar anak
naik train tak pernah pulak train buat hal lewat.
Boleh pulak time kak Kim nak naik dia lewat...
Cam nak naik flight lak, pengumuman dibuat
" Perhatian kpd semua penumpang L20...lewat..."

Train dah sampai, sebelum naik check betul2 tiket,
no. koc dan no. katil @ kerusi. No kat tepi pintu masuk
L8 - itu No. Koc (pintu kita masuk).  Bila dah masuk, cari lak
no katil . Tu yg tergantung kat bumbung tu..
Kak Kim beli tiket katil second class bed. Camtulah rupa.. Ada yg ckp,
mcm kem askar, iyolah tu.. Tp sebenarnya dia cukup selesa
untuk satu pejalanan budget. Klw 8 jam duduk, sakit pinggang, yo..
Sampai jer katil jgn terus tidor @ tarik kelambu tu, 
tunggulah jap pemeriksa tiket dtg periksa tiket dulu..
Camnilah rupanya untuk katil ting. bawah. Oklah tu. 
Ada bantal. selimut, rak tempat barang, meja kecil, 
lampu, penyangkut barang.
Ini lak katil ting. atas. Siap ada safety belt. 
Tak perlulah ikat kat pinggang kita lak, just utk pegang2 jer.
 Nak atas kena panjat tangga. Berhati2 sikit, 
anak tangganya agak jarak2. Ada satu pakcik tu,  kak Kim tgk
 siap bawah beg plastik naik atas.  Ingatkan tempat muntah,
 rupa tempat letak kasut dia. Biasanya, kasut letak bawah jer....
Jgn tak caya, dlm keretapi ada surau. Ini buktinya. 
Ada tempat wuduknya lagi. So, takder alasan...
Dan ini kantinya. Harganya boleh tahan melambung ke langit.
2 mee goreng, 2 air mineral = rm 17.00. Nak save bwklah makanan sendiri..
Kantin selalu penuh, bukan tempat makan jer, tempat lepak2 gak. 
Sebab dlm koc tak leh sembang kuat2, kang menganggu org nak tidor.
 So, kak Kim beli dan makan kat katil sendiri.. 
Tp klw malas nak ke kantin,  tunggu jer kat tempat kita.
 Nanti dtglah org menjual.." nasi goreng, mee panas, air panas..." sedia jerlah pitisnya..
Alhamdulillah, dah sampai stesen Sg Petani. 
Stesennya masih baru dan sgt panjang..
Biasanya, org ktm akan beritahu kita, bila dah nak sampai.
 Tp jgnlah harap mereka better kita set alarm..
Ini lak stesen bukit Mertajam. Train akan berhenti lama sikit kat sini.
 Sebab nak tukar kepalanya. Klw rasa dah lengguh2 pinggang, 
bolehlah turun sekejap tuk lurus2kan pinggang kat bawah tu..
 Nak gi kedai membeli2 pun sempat tp jgnlah lelama sgt..
Perjalanan waktu malam hanya pemandangan
 camni jerlah yg nampak.....

Btw, sebenarnya ada 4 jenis koc dlm eksp. Senandung Langkawi ni. 
Iaitu, Cabin (first class bed),  Second class bed
,Second class seat dan ekonomi seat.
Kak Kim cuma cite yg kak Kim alami saja....

At End, I Enjoy My Trip... Thanks KTM..



Selasa, 4 Jun 2013

Segi vs Bolat

Assalammualaikum,

Ingat lagikan kucing yg datang menumpang makan rumah 
kak Kim tempohari.  Kami namakan dia Bolat
sbb mukernya yg bolat.Tapi kini dah lama tak
datang. Abg Madan mmg ok dgn dia. 
Yang lain2 tu, mmg menyampah jer bila dia dtg..



 

  


                                      

Kadang2 ada jugak nampak si Bolat ini jalan2.
Tapi tak menyingah pun..
Tak kisahlah, penting Bolat sihat & bahagia...