Ahad, 9 Jun 2013

All night long, with Senandung Langkawi...

Assalammualaikum,

Setelah 30 th tak naik train, (komuter selalulah) semalam 
dgn penuh semangat dan terkesimanya naik
 train Ekspress Senandung langkawi ke 
Sg Petani hantar anak balik UiTM.
Selama ni tak perasan, baru skrg perasan
semua train waktu malam dipanggil SENANDUNG
(mentang2lah malam tu hitam.. he, he, he...)
dan siang dipanggil SINARAN...
Ni tengah tunggu train. Selalunya hantar anak
naik train tak pernah pulak train buat hal lewat.
Boleh pulak time kak Kim nak naik dia lewat...
Cam nak naik flight lak, pengumuman dibuat
" Perhatian kpd semua penumpang L20...lewat..."

Train dah sampai, sebelum naik check betul2 tiket,
no. koc dan no. katil @ kerusi. No kat tepi pintu masuk
L8 - itu No. Koc (pintu kita masuk).  Bila dah masuk, cari lak
no katil . Tu yg tergantung kat bumbung tu..
Kak Kim beli tiket katil second class bed. Camtulah rupa.. Ada yg ckp,
mcm kem askar, iyolah tu.. Tp sebenarnya dia cukup selesa
untuk satu pejalanan budget. Klw 8 jam duduk, sakit pinggang, yo..
Sampai jer katil jgn terus tidor @ tarik kelambu tu, 
tunggulah jap pemeriksa tiket dtg periksa tiket dulu..
Camnilah rupanya untuk katil ting. bawah. Oklah tu. 
Ada bantal. selimut, rak tempat barang, meja kecil, 
lampu, penyangkut barang.
Ini lak katil ting. atas. Siap ada safety belt. 
Tak perlulah ikat kat pinggang kita lak, just utk pegang2 jer.
 Nak atas kena panjat tangga. Berhati2 sikit, 
anak tangganya agak jarak2. Ada satu pakcik tu,  kak Kim tgk
 siap bawah beg plastik naik atas.  Ingatkan tempat muntah,
 rupa tempat letak kasut dia. Biasanya, kasut letak bawah jer....
Jgn tak caya, dlm keretapi ada surau. Ini buktinya. 
Ada tempat wuduknya lagi. So, takder alasan...
Dan ini kantinya. Harganya boleh tahan melambung ke langit.
2 mee goreng, 2 air mineral = rm 17.00. Nak save bwklah makanan sendiri..
Kantin selalu penuh, bukan tempat makan jer, tempat lepak2 gak. 
Sebab dlm koc tak leh sembang kuat2, kang menganggu org nak tidor.
 So, kak Kim beli dan makan kat katil sendiri.. 
Tp klw malas nak ke kantin,  tunggu jer kat tempat kita.
 Nanti dtglah org menjual.." nasi goreng, mee panas, air panas..." sedia jerlah pitisnya..
Alhamdulillah, dah sampai stesen Sg Petani. 
Stesennya masih baru dan sgt panjang..
Biasanya, org ktm akan beritahu kita, bila dah nak sampai.
 Tp jgnlah harap mereka better kita set alarm..
Ini lak stesen bukit Mertajam. Train akan berhenti lama sikit kat sini.
 Sebab nak tukar kepalanya. Klw rasa dah lengguh2 pinggang, 
bolehlah turun sekejap tuk lurus2kan pinggang kat bawah tu..
 Nak gi kedai membeli2 pun sempat tp jgnlah lelama sgt..
Perjalanan waktu malam hanya pemandangan
 camni jerlah yg nampak.....

Btw, sebenarnya ada 4 jenis koc dlm eksp. Senandung Langkawi ni. 
Iaitu, Cabin (first class bed),  Second class bed
,Second class seat dan ekonomi seat.
Kak Kim cuma cite yg kak Kim alami saja....

At End, I Enjoy My Trip... Thanks KTM..



3 ulasan:

  1. sbg org sarawak..saya excited la tgk..hehehe jakun lak.. mcmni rupernye.. x pernah naik. takat monorail..lrt tu dh la naik. hehe

    BalasPadam
  2. kak kim, brapa jam eh dari kl ke sg.petani?

    BalasPadam
  3. https://www.facebook.com/groups/jomnaikkeretapi/460822164046715/?ref=notif&notif_t=group_comment_reply

    BalasPadam