Ahad, 28 November 2010

PASAR vs PARSI....

Sorang teman datang ke rumah. Kami bersembang sesekali terhenti bila gelagat kucing2ku mencuri pandangan. " Banyaknya kucing. Memang bela dr ibunya, ker ?". "Takderlah..Diaorang ni saya kutip kat pasar2, kat tempat2 sampah. Kesian tengok, so saya bawaklah balik.."

"Nak tak kucing Parsi? Akak ada sorang kawan tu. Dia ada banyak kucing Parsi.
Dia bagi percuma jer. Kalau beli mahal tau...Kucing tu comel sgt, ekornya kembang, bulunya panjang2, gebu bulat.... "

Terliur jugak aku mendengarnya. Lagilah dengar percuma...












Aku pandang Syaaban yg sedang sakit. Sayu aku melihat .. Syaaban ketika sehat. Dia mmg aktif, nakal, suka menyakat kawan2nya.













Ramadhan aku jumpa kat pasar ikan. Badannya penuh kudis, luka, kotor dan sgt daif. Ramadhan kini. Sehat, lincah dan tak kurang hensemnya...













Dan arwah Tonchet. Jumpa kat tempat sampah. Kotor, busuk dan tidak bermaya. Alhamdulillah bbrp bulan kemudian, dia segar, aktif dan boleh tahan jugak comelnya..

Mereka semua kucing jalanan, kucing pasar, kucing tong sampah. Dengan tegas aku jawab.." TIDAK...".

Biarlah orang nak kata, kucing aku berkarat, muker macam tikus mondok, ekor runcing boleh buat penunjuk mengaji, telinga kembang macam pinggan Astro, bulu keras boleh buat gosok periuk atau apa saja... aku tetap, tetap, tetap sayangkan mereka sepenuh hati... " SUCI DALAM DEBU.."


Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoron itu terlihat
Kesucian terlindung jua


Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biar salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama


Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia


Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerna cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Jumaat, 26 November 2010

Sabarkah kita..?

Membaca kisah Hachiko, Hero, Adik dan beberapa lagi sangat mengisafkan tentang kesabaran dan ketabahan mereka . Manusia sering meletakkan " Sabar itu ada batasnya...." tapi tidak pada haiwan. Kesabaran dan ketabahan mereka berpanjangan dan tiada batasnya.

Hero yang kuat semangat

Manusia dianugerahkan akal dan fikiran tapi kerana terlalu pandai berakal dan berfikiran inilah Hero dipotong tangannya, Adik dikorek matanya....Subhanalloh, Ya Allah inikah manusia yg ada akal dan fikiran itu?.

Adik yang sabar dan tabah

Hachiko setia menunggu..

Hachiko, sepuluh tahun menunggu tuannya pulang. Bukan menunggu didalam rumah tapi di stesen keretapi dlm cuaca sejuk dan dingin dia tetap setia menunggu. Tapi manusia sanggupkah menunggu selama itu dalam keadaan sedemikian..? Lewat sepuluh minit pun dan marah2, keluar sumpah seranah..."mampuslah engkau, lantaklah engkau tak kuasa aku tunggu lagi...silap2 ada yang naik kaki tangan hanya kerana lewat sepuluh minit.

Syaaban selepas pulang dari klinik

Lewat siang tadi, aku hantar Syaaban ke klinik kerana telinganya keluar darah. Sekali lagi hatiku tersentuh, Syaaban begitu tenang semasa menerima rawatan. Kalau anak manusia dah tentu mengelupur sekurang2nya menjerit menangis. Mana tidaknya, telinganya dikorek2, dipicit2, dikelepek kedepan kebelakang. Aku menengoknya pun sakit....tapi Syaaban tenang saja jauh sekali melawan.

Tiba dirumah, Syaaban kuletakan didalam sangkar. Dia diam saja, cuma sesekali bergerak membetulkan badannya...Ku usap kepalanya, sambil berbisik...esok Syaaban akan sehat..
Itulah yg sangat2 kuharap. Semuga esok Syaaban akan kembali ceria dan bermain semula dengan Rejab, Safar dan abang Madan. Mereka semua menantimu, sayang. Cepatlah sembuh...

Dari kiri Safar, Syaaban, Rejab dan belakang Ramadhan



P/S: pada PM, PH maaf sbb download gambar HERO dan ADIK tanpa minta keizinan.

Ahad, 21 November 2010

"..Enam budak hitam..."

"...Enam budak hitam
Satu mati lahir, tinggal lagi lima
Lima budak hitam
Satu mati sakit, tinggal lagi empat

Empat budak hitam
Satu sampai ajal, tinggal lagi tiga...."


Inilah baki yang tinggal. Serupa jer....
Kadang2 naik keliru
"Yang mana roti canai, yang mana roti prata..."
Ni photoshoot masa umur 10 hari. Tak pandai posing lagi..


Ini sekarang"....Hitam manis, si hitam manis.."
Pandang tak jemu, buah hatiku..."
Rejab

Safar

Syaaban


Rejab suka nonton TV

Safar dan Syaaban suka main kasut

Inilah super Mom - Madam Karat
Tak tahu mana asalnya. Tanpa IC, tanpa surat beranak, tanpa surat nikah, tanpa permit bekerja..Tiba2 muncul depan rumah. Dan akhirnya, kami terimalah ia seadanya...


Petang2 turun padang, main bola dgn abang Madan....


Sekian entri kali ini. Sehingga jumpa lagi dilain masa.... ASSALAMMUALAIKUM..

Sabtu, 20 November 2010

Cuti Sekolah, buat aper..?

Horey..horey... it's holi-holiday. Cuti sekolah dah pun bermula. Seronoklah anak2ku, seronoklah juga anak2 bulusku. Taklah kesunyian macam selalu. Tunggulah kakak balik sekolah kul 2.00 nanti, barulah buka pintu, buka tingkap, barulah dpt menyedut udara yg segar.

Tapi kalau kakak ada tuisyen or program disekolah, masa kurungan dilanjutkan. Sehinggalah aku balik keje 5.00 ptg nanti. Barulah terbuka pintu. Kesian korang...

Buka ajer pintu..apalagi, meow..meowlah menyerang aku. Sampai aku nak jalan pun tak boleh. "..Alah korang ini, tadi sebelum pegi keje, kan aku dah bagi makan semua. Dah letak pun extra food utk korang top-up..." Tak tahulah, mereka ini lapar or rindu kat aku..hah, perasan..eeee


Time cuti sekolah ni jugak, banyak offer makan free. Iyaker free...? Bukanlah kemestian. Tapi faham2 ajerlah. Diorang buat kenduri tu, beribu habih.. So, apa salahnya ulur-ulur sikit. Buat lapik tangan time bersalam....


Oklah, pada anak-anak semua selamat bercuti sekolah. Pada yg naik pelamin, Selamat Pengantin Baru dan pada anak2 lelaki yg akan melangkah kealam lelaki sebenar...selamat masuk jawi....jgn nangis yer, alah sikit jer...

Sabtu, 13 November 2010

"..Abang sedih, lah..."


"..Mama, kenapa orang-orang tu jahat ?

"Siapa yg jahat ?"

" Alah... org tulah. Tadi abang lalu, dia tengah basuh kete. Tak pasal-pasal, dia pacut air kat abang. Habis lencun badan abang..lepas tu, dia suruh anak dia kejar abang sambil bawak kayu konon nak pukul abanglah tu....sib baik abang sempat lari, kalau tidak Inna lillah..."

" Pastukan mama, abang pergi rumah kawan abang. Abang mana reti cakap Salammualaikum, abang pun meow, meowlah panggil kawan abang tu, tiba-tiba melayang kasut kat kepala abang. Aduh, sakitnya mama, biul kepala abang sekejap...sedihlah mama. Kalau motor anak dia vroom, vroom memekak tengah malam tak pulak dia baling dengan kasut..?"

" Abang pun merajuk, abang bawak diri panjat pokok....tiba2 berdenyut perut abang macam kena sula. Abang tengok kat bawah, beberapa orang sedang meloncat2 jolok abang suruh pergi ..alah abang bukan nak curi buah pelam dia pun, abang cuma nak tumbang berteduh jer..."

" Dahlah bang. Abang duduk kat rumah jer..Mana boleh mama, abang bukan boy macam Madan (Ramadhan) tu..abang manlah..Kalau kita dapat jiran2 macam Papa Hero ker, Papa Meow ker, Untie Marie ker, kawan-kawan mama kat kakimotong tu kan, best....tentu kepala abang nak benjol dan badan pun abang tak sakit-sakit..."

Aku usap kepala abang yg bengkak tu, sambil mata berair...