Isnin, 28 November 2011

Mr and Mrs Brown vs Mr and Mrs White...



Inilah gambar anak2 Nia pd hari ke 9. Dah bukak mata tp belum sepenuhnya. Em... tiuttttt..... Oklah, ada yg tanya nama mereka. Anak Nia pada pandangan kak Kim yg bukan doktor ni, he..he... 2 wira dan 2 wirawati.


Nia mmg ibu yg caring n sharing. Sentiasa berada disisi anaknya
tp taklah kedekut sgt bila orang nak tengok anak dia...

Inilah anak Nia...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V


Oppss..... sori tersilap upload...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V

Tadada.......


Pasangan pertama,
Mr and Mrs Brown
Milo and Chiku


Pasangan Kedua,
Mr and Mrs White
Soya and Cherry



Salam peluk cium dari,
Nia and Babies...






Sabtu, 26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH...

Sempena Maal Hijrah yg mulia ini, kak titipkan video klip khas abg Madan.





Semuga setiap terbit Mentari,
Allah memperbaharui iman kita,



"...Bila pejam tak semestinya tidur..
Kalau menangis tak semestinya sedih..

Bila ketawa tak semestinya gembira..
Kalau marah tak semestinya benci..

Bila senyum tak semestinya suka..
kalau suka tak semestinya sayang..

Bila sayang tak semestinya cinta..
Kalau cinta belum tentu bersama..

manusia..macam-macam rasa...
tapi bila ikhlas dan redha semuanya bermakna..."


Kak Kim sekeluarga,
Ramadan, Nia & babies,
Merah & Snow...

Khamis, 24 November 2011

SYARATNYA....


Madan : Hoi, Oren sapa suh ko datang sini ?

Oren : Sorilah Madan, kata anak Nia ada
yg sama kaler dgn aku, sahlah itu anak aku.
Aku datang nak tengok anak akulah, please yer Madan...

Madan : Tak boleh !!.
Baik ko balik, sebelum aku henyak2 perot engko !

Oren : Pleaselah Madan. Dapat tengok sekali pun jadilah...

Madan : Ok, tp dgn satu syarat

Madan : Engko bawak 2 bucket penuh ayam KFC tok aku.
Pastu datang sini, isi borang jangan lupa photostat IC sekali.
Pastu ambik no. giliran.
Tunggu aku panggil, baru boleh masuk..
Masa melawat 5 minit jer...






Isnin, 21 November 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Nia Kities...

Alhamdulillah, tanggal 18 Nov, 2011 bersamaan hari jumaat 10.10pm Nia selamat melahir kesemua anaknya dgn sempurna. Kami menjangkakan awal Dec @ hujung Nov nanti, sbb doktor yg merawat Nia pun kata begitu. Tp tak kisahlah, yg penting semuanya selamat, Alhamdulillah.

Ini first time tau, kucing yg kak Kim bela dr kecik beranak. Sebab selalunya, peringkat2 remaja kak Kim dah hantar mereka semua sunat. Tu yg excited semacam, asyik dok mengintai baby Nia dalam kotak....

Ok, jom kita tengok kronologi Nia beranak. Jam 6.00pm, Nia macam sibuk2 tp sibuk2 dgn budak Snow tu.

9.00pm, anak Kim jerit2 kata Nia nak beranak bawah katil bilik dia. So, kak Kim terpaksa nyorot, tarik Nia keluar dan masukkan dalam kotak. 9.10pm, Nia deliver her first baby. Warna putih....

Diikut anak ke 2, 9.20pm -warna coklat. Anak ke 3, 9.50pm - warna putih dan akhir sekali 10.10pm warna coklat..... Alhamdulillah...

Kak Kim saksikan sendiri Nia melahirkan kesemua anaknya. Uh, salute habih... takder keluh kesah, takder merungut, jauh sekali meraung..... relax jer, Nia. Kak Kim cuma tolong, betul2kan jer anak dia takut tertindih..


Inilah rupa anak Nia pada jam pertama dilahirkan....



Inilah ke empat2 rupa anak Nia pada hari pertama dilahirkan...


Nia rajin menyusukan anaknya. Tapi tidaklah asyik bekepit jer ngan anak dia. Sesekali dia relax duduk2, jalan2 kat luar.

Ini juga gambar anak2 Nia pada hari pertama....

Ini pula gambar anak2 Nia pada hari ke 2....


Pada semua yang sudi mendoakan, yang wish untuk Nia,
kak Kim mengucapkan berbanyak2 terima kasih.....







Rabu, 16 November 2011

PELARI PECUT.....


Jam 12.00 t/hari.
Abg Madan sedang berlari2 di track belakang rumah

Merah : Uh, gigih betul abg Madan exercise.
Tengahari buta pun belatih belari.

Snow : Mestilah, abg Madankan masuk acara 100 m
lompat tingkap dlm sukan SEA di Jakarta.


Snow : Phewitttt.... steady abg Madan.
Pecut habih ! laju ! Laju...!

Merah : ..Go, .. abg Madan ! Go ! Go...!

"..Kepala hotak korang, sorak aku berlari....
Aku nak cepat balik ni. Aku dah tak tahannnn...."

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V

"...Aku nak BERAKKKkkkkkk........"










Isnin, 14 November 2011

Booking Tempat.....


Kalau emak2 kita selalu sebut lenggang perut, tempah bidan, baby shower atau lebih afdhal kita orang Islam sebutlah 'kenduri doa selamat'. Tp kalau kucing mungkin tempah tempat beranak. Nia dah mula survey tempat. Keluar masuk bilik, bawah tangga, kotak2 semua diterjahnya.

Tengok perut Nia dah besar. Duduk pun dah tak betul.
Paling kesian, bila dia bersihkan bahagian
belakang badan atau muntotnya.
Memang terkial-kial...

Nak jalan pun dah tak berapa larat.
Banyaknya duduk berehat....

Ingatkan kotak ni?. Dah jadi turun temurun.
Memula tempat abg Madan, pastu turun ke Unty tempat beranak.
Kini Nia pulak, cam bekenan jugak tempat ini.

Masalahnya, bila Nia dah jenguk2 kotak ni,
yg lain pun sibuk jenguk2 jugak.
Selama ini, takder sapa pun kisah tent. kotak ini.
Terbiar gitu jer selepas unty dan anak2nya besar....

Terutama budak itam ni. Sibuknya bukan main..

"..Kak Nia, muat ker masuk...?.."

"...Kak Nia, masuklah..
Dalam tu ada hantu nyot-nyot, tau..."

"... Banyak cakap tul, budak ni..
Patutlah kena tinggal ngan emak dia...
Pegilah, main jauh2..
Ngacau orang tua jer.."

"...Hi, kak Nia. Saya datang lagi ni...."

"... Besorlah perot kak Nia, agak2 kalau timbang berapa kilo, yer..?"

"... Janganlah aku dapat anak cam gini. Degil kemain...."





SEMUGA SELAMAT BERSALIN....