Fenomena ini sukar untuk diungkapkan. Ibu2 kita kata, ada 'benda' yg hempap, himpit atau tindih masa kita tidor. Bagi yg pernah mengalaminya tentu rasa 'seriau' , ngeri atau senang cerita yg siapa makan cili, dia yg rasa pedasnya.
Puaslah menjerit, puaslah berguling2, puaslah meronta2 tapi tetap tak boleh bangun. Kita boleh nampak semua yg ada disekeliling kita. Tapi " tak dapek nak menulong". Cuma satu cara kak Kim, kak kim akan baca ayat kursi berkali2, Insya Allah.. it realese. Alhamdulillah...
Paste dr inforozi.com
Mengikut teori sains fenomena kena hempap/tindih dalam bahasa medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis dalam bahasa melayu ialah ‘lumpuh waktu tidur’ iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).
Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.
Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.
Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kene himpit dengan hantu lah jin la ape la, lepastu ada pulak sound effect bunyi mengilailah dan macam2 lagi halusinasi.
Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)
4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung)
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang)
So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Cuma sleep paralysis je..
Apapun, terpulang pd persepsi dan kepercayaan masing-masing. Yang penting, kita sebagai orang Islam amalkanlah sunnah yang disebut dalam Islam. Nak tidor, nak makan, nak jalan dan nak apa saja. Ada doa dan ada adapnya. Jangan main redah, jer...
Pada semua yang pernah mengalami, pernah dengar atau pernah lihat, jom kita sembang-sembang pagi Sabtu...