Isnin, 26 November 2012

Kehilangan...

Assalammualaikum,...

Lama menghilang, walaupun sebenarnya hari2 ada disini. So, banyaklah nak cerita, berita dan kabare... Ada suka, ada duka. Ada yg dah pergi, ada yg dah tiada...

Ingatkan budak kartun 4 ekor ini? Selalu kena ngan si Kulat. Mereka dah tiada. W/pun kak Kim dah berusaha tp Allah lebih menyayanggi mereka.
Sejak itu, Kulat mcm kehilangan. Bukan saja kehilangan kawan bemain, tp juga kehilangan rambut. Kulat mengalami masalah keguguran bulu. Badan pun dah susut... lagi2 sjk kakak Cenow tiada beberapa hari ni. Kakak Cenow pegi becuti 4 hari 3 mlm....
Kalau Kulat kehilangan rambut, Cenow pula kehilangan keibuan. Cenow baru saja selamat di spay petang tadi. Skrg masih berada di wad bersalin.. he, he.. Kakak Cenow akan tinggal di wad, sehingga habis pantang - 4 hari 3 mlm.
Abg Madan pula skrg ini mcm hilang mood nak keluar rumah. Dia lebih suka makan, tidor dan lepak dlm rumah. Sampai jiran tegur, " lama tak nampak Madan, dah kena buang, ker ?... Astagfirrullahhal'azim.. Klw Madan merayau2, korang jugak bising, kata Madan suka begaduhlah, memekaklah...emm, macam2..
Merah pun kehilangan jugak. Kehilangan Merah dah lama. Kehilangan fokus dan keseimbangan berjalan. He, he.. Merah camtulah. Cuma skrg badan dia dah susut sikit. Makan pun memilih. Mungkin faktor umur.
Cik Ta dah semakin gebus dan jelita. Dia jugak dah mula rapat dgn kucing2 lain dlm rumah ini. Tp itu hanya sementara. Cik Ta mengikuti nasib abg Madan Senior. Terpaku dan terkilan...Peristiwa yg sama berulang lagi...