Sabtu, 29 Januari 2011

Tapi itu dulu...

Tentu sukar nak menerima keadaan, bila..
Dulu makan berempat. Berebut2, bersepak terajang, your plate is my plate, my plate is my plate. Tapi abang Madan selalu habis dulu, sebab mulut dia besar. Syaaban pulak tak boleh kompromi lansung. Dia kedekut, siap kangkang pinggan dia jangan bagi orang lain dekat pinggan. Rejab ok. Paling slow makan Safar dan abang Madan selalu tolong perabihkan.
Tapi itu dulu...


Lepas makan, main sama-sama.

Dah penat, lepak sama-sama


Tapi itu dulu. Hari ini aku sendiri.... Safar hilang, hingga kini tak kembali. Rejab pulak sakit. Syaaban ... Al-fatehah untukmu, dik...

Dimana kan kucari ganti
Mungkinkah di Syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya




Jumaat, 21 Januari 2011

" Lelaki ini - Part II..."


Jam 5.30 petang, Dr Chew call. Ramadhan terpaksa menjalani dua pembedahan. Satu gulinya didalam perut. Operation diperutnya pula mengalami masalah kerana kesukaran mencari gulinya. Memang tak sangka, operation ini yang biasanya mudah bertukar menjadi sukar dan kritikal. Segala-galanya pula jadi berganda. Termasuklah kosnya...

Beginilah keadaan Ramadhan selepas dibawa balik dari klinik.
Dia hanya mampu telantar dgn mata separuh terbuka..

Dia tidak mampu bergerak. Kemana2 kami terpaksa mengangkatnya.

Dua hari selepas tu, dia baru mampu mengangkat kepala

Walaupun abang Madan tak mampu bangun, adik2nya tetap
datang memberi sokongan dan bermain dengannya

Hari ke 5, Ramadhan dah boleh bangun.
Kesian tengok dia, nak duduk atau bangun begitu susah sekali.
Kami terpaksa bantu dia untuk duduk atau bangun.

Kuharap panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Luka operation diperutnya berdarah semula. Nak bawa ke klinik semula rasa dah tak mampu. Tambahan pula sekolah akan dibuka beberapa hari lagi. Time ini, memang kak Kim desperate ..

Pandang ke dinding ada beberapa botol minyak gamat.
Kak Kim capai, dengan selawat dan kalimah Bismillah,
minyak gamat itu kak Kim titis terus ke lukanya.

Hampir berminggu-minggu Ramadhan hanya duduk di rumah.
Bila siang, matanya sayu memandang keluar...

Alhamdulillah, minggu ke 3 luka diperut Ramadhan dah semakin kering
dan dia dah boleh duduk dengan sempurna

Dan ini wajah Ramadhan hari ini. Dia dah boleh berlari
dan bermain dengan adik2nya. Syukur banyak2...

Wang ringgit bukan segala-galanya tapi usha yang berterusan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi menjadi pembakar semangat untuk yang lemah terus hidup..


Kau bagaikan udara
Yang membantu aku
Untuk terus hidup di atas dunia

Tanpamu kulemah
Pasti aku tak berdaya
kerna kau Maha Karya Cinta

Aku kan tetap bersamamu
Sehingga ke akhir waktu...



Selasa, 18 Januari 2011

Berdondang sayang di Melaka..

Minggu lepas kak Kim gi Melaka krn ada Company Family Day, selama 2 hari 1 mlm. Tepat jam 9.00 pagi bermulalah perjalanan ke Melaka. Tiba di Melaka sekitar 11.oo pg. Aktiviti pertama dijeti sg Melaka. Bercruise le kita.. Walaupun pelayaran hanya 45 minit tp ada yg dah pening2 lalat..
Menyusuri sungai Melaka dengan River Cruise sambil
menikmati panorama indah dan sejarah bandar Melaka

Turun dari cruise, masuk pula Muzium Kapal Portugis. Beli satu tiket, dapat satu beg plastik percuma. Ha, ha.. masuk kena buka kasut. Untuk keselamatan, masukkanlah kasut nike anda itu kedlm beg plastik yg diberi. Kalau tidak, peluang terbuka luas untuk pulang berkaki ayam..

Landskap menarik dikawasan Muzium Samudera

Replika Hang Tuah, ada mirip2 sapa?

Masuk dalam muzium kapal tu, segala berkaitan pelayaran ada. Paling menyentuh hati kak Kim ialah bilik tahanan, kesian wooo..

Malamnya ada dinner dan majlis Anugerah Kecemerlangan.Alhamdulillah, merasalah kak Kim naik pentas. Tahniah...

Hari ke2, lepas sarapan pagi sambung tour lagi. Kali ni ke A Famosa. Kami jalan kaki jer, sbb tak jauh dari hotel. Last kak Kim lawat sini, 10 tahun yg lepas time rombongan tadika anak..

Tarik nafas panjang2...jom, kita panjat bukit St Paul, pulak.

Time mendaki bukit ini, terjumpa pulak mamat ini. Cutenyer..

Orang lain temengah2 mendaki, Mamat ni relak jer..

Pemandangan indah dari atas Bukit St Paul.

Lanskap indah dihadapan Muzium Melaka

Air pancutan Victoria Regina dan menara jam besar.
Semuanya ada cerita, korang carilah sendiri ceritanya, yer..

Beca dan Melaka, memang tak dapat dipisahkan

Majoriti bangunan di Melaka berwarna merah. Terasa ada aura bila melintasinya

Ini pula Pokok Melaka

Dan ini Kota Melaka

Sebelum pulang, ambil gambar beramai-ramai.

Tak sah kalau percuti tak pegi shopping. Dalam perjalanan pulang, singgah pulak kat Nilai 3. Shopping sakan..

Tengah sibuk shopping2, jumpa pulak adik cute ini tengah landing kat lantai. Jinak pulak tu, tak takut lansung dgn orang. Rasa nak bawak balik, jer...tapi keadaan tak mengizinkan. Insya Allah, panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi yer, sayang... Bonda doakan yg terbaik untukmu.

Selamat Tinggal Melaka. Dalam bas keletihan zzzzzz....


Sampai rumah kol 8.00 mlm. Dengar jer pintu pagar terbuka, apalagi mengelupurlah mamat2 yang dah 2 hari dalam kandang. Kesiannyer dia...


Bukak jer pintu kandang, zupp...semuanya melompat keluar. Uh, macam kerasukkan. Mereka berlari, berguling macam tak cukup tanah. Seronok betul.. Itulah nikmat kebebasan..

Pada semua rakan-rakan trip, I miss you all...Sesungguhnya Tanah Airku memang indah.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba didirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Jiwa dan raga, hamba serahkan..


Selasa, 11 Januari 2011

Beras cap Rambutan.

Camnerlah nak bagi, mamat2 ini gumuk, mantap, montok cam kucing2 kat tv tu. Makan pantang jumpa. Dari beras cap rambutan sampai beskut Jacobs. Belum lagi pengeras ayam goreng pasar malam. Piskis, wikis belumlah goni2 tp berkilos-kilos..( brand tu jer yg mampu..)

Oooo...mungkin mamat2 ni makan tak baca bismillah, kot. Orang kata, klw makan tak baca bismillah tak berkat makan. Lebih seram, org kata yg makan tu kita yg menelan tu antu eeeeeeee.... Mengarutlah. Tapi Bismillah tu memang penting. Apa jua perbuatan, mulakanlah dengan bismillah dan diakhiri dgn Alhamdulillah, bukannyer susah pun. Cuma kadang-kadang kita lupa. Takper, bila ingat bacalah...

Balik cerita pasal mamat2 hitam, sejak mummy Karat takder, memang jelas kekurusan badan mike. Pegi pet shop, beli susu khas untuk hello kitty tapi depa tengok terus serengingkan gigi..uek..tak sedap, cabuttt....


Tapi takperlah, my dear hello kitty...kurus pun kuruslah. Ekor lurus runcing, bila menguet2 tu tak ubah macam cacing...ha, ha..sorry darling. You all sebenarnya hensem, cuba belum terserlah lagi. Janji sihat. Rupa tu anugerah Tuhankan..syukur banyak2


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama anakda sorang

Selasa, 4 Januari 2011

DARI KERNA MATA..


Balik dari keje, tengok ada mahkluk tak asing atas tembok rumah. Ah, inilah dia makhluk yg paling dikehendaki kerana telah melakukan beberapa kesalahan jenayah, pecah rumah, pemburu bersiri, mengorat anak bini orang dan beberapa jenayah sivil termasuk membuang air kumbahan merata tempat.

Tak tahulah, mamat ini dah berpunya atau belum . Yg pasti muker dia mmg famous krn kesalahan di atas. Akupun naik hangin dgn dia sbb mamat2 kat rumah ini, sampai tercirit2, dibelasahnya. "Nanti dapat, mmg aku belasah pulak engko..."

Tapi tiba2, semangat aku cair. Mamat ni memang ada ilmu saikologi. Dia tundukkan kepala, kuyukan mata...alahai cair semangat marah aku yg berkobar2 tadi...timbul rasa sayang yg teramat kat dia..." Untie sayang mamat. Lepas ni, mamat jadi kucing yg baik2 yer, cayang..Untie doakan mamat dimurahkan rezeki dan dilindungi selalu...aminnnn"



"Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa.."