Selasa, 18 Januari 2011

Berdondang sayang di Melaka..

Minggu lepas kak Kim gi Melaka krn ada Company Family Day, selama 2 hari 1 mlm. Tepat jam 9.00 pagi bermulalah perjalanan ke Melaka. Tiba di Melaka sekitar 11.oo pg. Aktiviti pertama dijeti sg Melaka. Bercruise le kita.. Walaupun pelayaran hanya 45 minit tp ada yg dah pening2 lalat..
Menyusuri sungai Melaka dengan River Cruise sambil
menikmati panorama indah dan sejarah bandar Melaka

Turun dari cruise, masuk pula Muzium Kapal Portugis. Beli satu tiket, dapat satu beg plastik percuma. Ha, ha.. masuk kena buka kasut. Untuk keselamatan, masukkanlah kasut nike anda itu kedlm beg plastik yg diberi. Kalau tidak, peluang terbuka luas untuk pulang berkaki ayam..

Landskap menarik dikawasan Muzium Samudera

Replika Hang Tuah, ada mirip2 sapa?

Masuk dalam muzium kapal tu, segala berkaitan pelayaran ada. Paling menyentuh hati kak Kim ialah bilik tahanan, kesian wooo..

Malamnya ada dinner dan majlis Anugerah Kecemerlangan.Alhamdulillah, merasalah kak Kim naik pentas. Tahniah...

Hari ke2, lepas sarapan pagi sambung tour lagi. Kali ni ke A Famosa. Kami jalan kaki jer, sbb tak jauh dari hotel. Last kak Kim lawat sini, 10 tahun yg lepas time rombongan tadika anak..

Tarik nafas panjang2...jom, kita panjat bukit St Paul, pulak.

Time mendaki bukit ini, terjumpa pulak mamat ini. Cutenyer..

Orang lain temengah2 mendaki, Mamat ni relak jer..

Pemandangan indah dari atas Bukit St Paul.

Lanskap indah dihadapan Muzium Melaka

Air pancutan Victoria Regina dan menara jam besar.
Semuanya ada cerita, korang carilah sendiri ceritanya, yer..

Beca dan Melaka, memang tak dapat dipisahkan

Majoriti bangunan di Melaka berwarna merah. Terasa ada aura bila melintasinya

Ini pula Pokok Melaka

Dan ini Kota Melaka

Sebelum pulang, ambil gambar beramai-ramai.

Tak sah kalau percuti tak pegi shopping. Dalam perjalanan pulang, singgah pulak kat Nilai 3. Shopping sakan..

Tengah sibuk shopping2, jumpa pulak adik cute ini tengah landing kat lantai. Jinak pulak tu, tak takut lansung dgn orang. Rasa nak bawak balik, jer...tapi keadaan tak mengizinkan. Insya Allah, panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi yer, sayang... Bonda doakan yg terbaik untukmu.

Selamat Tinggal Melaka. Dalam bas keletihan zzzzzz....


Sampai rumah kol 8.00 mlm. Dengar jer pintu pagar terbuka, apalagi mengelupurlah mamat2 yang dah 2 hari dalam kandang. Kesiannyer dia...


Bukak jer pintu kandang, zupp...semuanya melompat keluar. Uh, macam kerasukkan. Mereka berlari, berguling macam tak cukup tanah. Seronok betul.. Itulah nikmat kebebasan..

Pada semua rakan-rakan trip, I miss you all...Sesungguhnya Tanah Airku memang indah.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba didirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Jiwa dan raga, hamba serahkan..


4 ulasan:

  1. pergi melaka tak roger2 kita.

    salam kak kim.

    BalasPadam
  2. dahlame tak ke Melaka......
    bile le dapat ke Melaka lagi niii

    BalasPadam
  3. best kn kak kim...jln2 kt negara kita jugak yg best :)

    BalasPadam
  4. tahniah kak kim :)

    comelnya anak kucing bermata biru tu

    BalasPadam