Sabtu, 23 April 2011

Kena hempap/tindih masa tidur....


Fenomena ini sukar untuk diungkapkan. Ibu2 kita kata, ada 'benda' yg hempap, himpit atau tindih masa kita tidor. Bagi yg pernah mengalaminya tentu rasa 'seriau' , ngeri atau senang cerita yg siapa makan cili, dia yg rasa pedasnya.

Puaslah menjerit, puaslah berguling2, puaslah meronta2 tapi tetap tak boleh bangun. Kita boleh nampak semua yg ada disekeliling kita. Tapi " tak dapek nak menulong". Cuma satu cara kak Kim, kak kim akan baca ayat kursi berkali2, Insya Allah.. it realese. Alhamdulillah...

Paste dr inforozi.com

Mengikut teori sains fenomena kena hempap/tindih dalam bahasa medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis dalam bahasa melayu ialah ‘lumpuh waktu tidur’ iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).

Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.

Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.

Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kene himpit dengan hantu lah jin la ape la, lepastu ada pulak sound effect bunyi mengilailah dan macam2 lagi halusinasi.

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)

4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung)

6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang)

So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Cuma sleep paralysis je..

Apapun, terpulang pd persepsi dan kepercayaan masing-masing. Yang penting, kita sebagai orang Islam amalkanlah sunnah yang disebut dalam Islam. Nak tidor, nak makan, nak jalan dan nak apa saja. Ada doa dan ada adapnya. Jangan main redah, jer...

Pada semua yang pernah mengalami, pernah dengar atau pernah lihat, jom kita sembang-sembang pagi Sabtu...





5 ulasan:

  1. Dulu masa kakak anak dara tinggal rumah sewa boleh katakan tiap malam mesti ada yg menjadi mangsa tindih. Sampai bapak kakak buat sesuatu baru segalanya pulih. Jadi itu apa ros?...

    Ha...scientific kekadang tak dapat nak lawan sesuatu yg spiritual. Kata halusinasi pun susah sebab bukan kakak je yg kena tapi semua.....
    Nak kata tak baca doa kami semuanya alhamdulillah kalau setakat doa, yaasin dan amalan sebab rumah kami juga dijadikan tempat anak-anak belajar mengaji...

    Allh jua yg mengetahui...

    BalasPadam
  2. penah kena jugak...sama cam kak Kik kita baca ayat kursi byk2 :)

    BalasPadam
  3. salam kak kim..
    saya pun pernah kena jugak masa belajar dekat uitm perak dulu..
    selalu baca ayat kursi je..

    BalasPadam
  4. penah kene masa tinggal kat rumah sdara mara. cara lawan..saya baca al fatihah n qulhuallah sesambil lawan angkat tangan belah kanan. alhamdulillah berjaya...sesambil tu hati nerkata2 melawan benda2 tu semua. yakin boleh

    BalasPadam
  5. good reading info...pernah juga saya kene n selalunya masa nak terlelap ...susah nak bergerak..goyang ibu jari kaki...tu petua kawan bagitau sambil2 baca ayat kursi..

    BalasPadam