Jumaat, 26 November 2010

Sabarkah kita..?

Membaca kisah Hachiko, Hero, Adik dan beberapa lagi sangat mengisafkan tentang kesabaran dan ketabahan mereka . Manusia sering meletakkan " Sabar itu ada batasnya...." tapi tidak pada haiwan. Kesabaran dan ketabahan mereka berpanjangan dan tiada batasnya.

Hero yang kuat semangat

Manusia dianugerahkan akal dan fikiran tapi kerana terlalu pandai berakal dan berfikiran inilah Hero dipotong tangannya, Adik dikorek matanya....Subhanalloh, Ya Allah inikah manusia yg ada akal dan fikiran itu?.

Adik yang sabar dan tabah

Hachiko setia menunggu..

Hachiko, sepuluh tahun menunggu tuannya pulang. Bukan menunggu didalam rumah tapi di stesen keretapi dlm cuaca sejuk dan dingin dia tetap setia menunggu. Tapi manusia sanggupkah menunggu selama itu dalam keadaan sedemikian..? Lewat sepuluh minit pun dan marah2, keluar sumpah seranah..."mampuslah engkau, lantaklah engkau tak kuasa aku tunggu lagi...silap2 ada yang naik kaki tangan hanya kerana lewat sepuluh minit.

Syaaban selepas pulang dari klinik

Lewat siang tadi, aku hantar Syaaban ke klinik kerana telinganya keluar darah. Sekali lagi hatiku tersentuh, Syaaban begitu tenang semasa menerima rawatan. Kalau anak manusia dah tentu mengelupur sekurang2nya menjerit menangis. Mana tidaknya, telinganya dikorek2, dipicit2, dikelepek kedepan kebelakang. Aku menengoknya pun sakit....tapi Syaaban tenang saja jauh sekali melawan.

Tiba dirumah, Syaaban kuletakan didalam sangkar. Dia diam saja, cuma sesekali bergerak membetulkan badannya...Ku usap kepalanya, sambil berbisik...esok Syaaban akan sehat..
Itulah yg sangat2 kuharap. Semuga esok Syaaban akan kembali ceria dan bermain semula dengan Rejab, Safar dan abang Madan. Mereka semua menantimu, sayang. Cepatlah sembuh...

Dari kiri Safar, Syaaban, Rejab dan belakang Ramadhan



P/S: pada PM, PH maaf sbb download gambar HERO dan ADIK tanpa minta keizinan.

5 ulasan:

  1. semoga Syaaban kembali aktif lepas nie. AMIN

    tak puas tgk gambar gambar abang Ramadhan...puteh n tenang je

    kiss sket. *muaxxxx*

    BalasPadam
  2. tersentuh dgn dgn entri ni dan setuju sangat2 dgn kata-kata akak tu

    aunty meoww doakan smoga Syaaban cepat sembuh yer sayang...

    BalasPadam
  3. okayyy, berkaca-kaca mata saya ni. hmm, hope syaaban akan sihat semula :)

    sangat comel gambar keluarga kucing tu, 1 big happy family :D

    sudi2 la blogwalking kat blog saya najaaterbang.blogspot.com

    BalasPadam
  4. semoga kita masuk golongan yang sabar..binatang pun ciptaan Tuhan nak uji kesabaran makhluk bernama manusia..

    BalasPadam