Rabu, 1 Disember 2010

" Tuhan, tolonglah....."


Kita berusaha tapi Tuhan menentukan. Berushalah apa cara sekalipun selagi tak menyalahi hukum dan undang-undang. Jangan taksub pada satu perkara sehingga kita lupa perkara2 lain.

Penyakit memang penawarnya ubat. Tapi ubat bukan saja datang dari kaunter klinik atau hospital tapi juga dari sekelilling kita. Dari kasih sayang, dari sentuhan, dari belaian dan yang pasti dari Doa pada yang Esa.

Ikutilah sepanjang hari dan pengalaman kami bersama Syaaban yang sedang sakit.



Moral support dari Safar dan Rejab

Safar dan Rejab bagai memahami, saudaranya sakit. Mereka sentiasa berada berdekatan dengan sangkar Syaaban. Sesekali, mehulurkan tangan. Bagai memujuk " Sabarlan Syaaban, kami akan sentiasa menemanimu disini.."


Syaaban dalam dakapan bondanya. Kasihnya Ibu membawa ke Syurga..

Bondanya Karat, kubawa masuk kedalam sangkar Syaaban. Karat terus mendakap anaknya. Tersentuh hatiku melihatnya. Karat bagai berkata, " Ibu ada disini sayang, tidorlah anakku.."


Abang Madan datang ziarah pesakit. " Jampilah sikit abg Madan.."

Ramadhan bagai kehilangan. Dulu selalu main kasut bersama.
Tapi kini tiada lagi. "Abang akan tunggu adik sehat...."


Kena sabar, kena luangkan masa

Sebelum pergi dan balik kerja kena uruskan Syaaban.
Bagi makan ubat, bersihkan badan dan sangkarnya.


Kena pegang dgn soft and gentle

Saiz badan yang kecil, membuatkan serba salah. Pegang kuat, takut pulak tulangnya masih lembut, nanti... tak pegang kuat, lepas pulak..

Jangan lupa Bismillah dan Selawat

Dia juga mahkluk Allah. PadaNya kita bermohon, padaNya kita meminta....
" Ya Allah, bantulah kami, insan yang kerdil ini.."


Jangan berkira sangat kos perubatannya

Pergi klinik yang pertama, tidak membawa kesan.
Aku bawa pula dia ke klinik yang kedua. " Mama akan terus berusha..."

Safar bagai memberitahu, "Mama, tolonglah abg Syaaban ni..."

Terima kasih semua

ALHAMDULILLAH..., kini Syaaban dah beransur pulih. Terima untuk semua yang mendoakan Syaaban.




6 ulasan:

  1. alhamdulillah...

    sukanya Syaaban dah pulih, sy doakan semoga Syaaban akan semakin sihat seperti sediakala

    satu kelegaan dan kepuasan apabila berjaya membuatkan kcg yg sakit aktif kembali :)

    BalasPadam
  2. semoga syaaban akan terus menunjukkan perubahan positif

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...gembira membaca perkembangannya..semua kucing2 pun mengerti..

    BalasPadam
  4. sedih bace entry nie..especially bile tgk dorg take care kat syaaban...

    harap-harap syaaban akan sihat semula..

    BalasPadam
  5. sayangnya ph kat syaaban ni...terharu tgk dia dipeluk bondanya....

    ph setuju, jgn berkira psl perubatan...

    ph doakan syaaban cepat sembuh yer...

    BalasPadam
  6. Sedih....:(
    tatau hati ni nape cepat sedih dgn budak2 comel ni...:(

    AAA

    BalasPadam