Isnin, 21 Februari 2011

Seloka kucing tinggal..


Mari sini dengar seloka..
Kisah kucing ditinggal tuanya

Rela atau terpaksa. Suka atau duka .....
Sukar untuk diteka.
Tak baik kita mengata, nanti berdosa.
Kita tak rasa, apa yang menekan mereka.
Ini hanya cerita untuk dikongsikan bersama...

Bangun pagi tuan dah tiada. Lari malam dengar cerita
Ditinggalkan nasi dan air saja. Itulah bekal terakhir mereka.

Ini Untie nama mesra. Sedang sarat menunggu masa...

Kireen ...jejaka pemalu. Jalan tunduk selalu..

Si Juling. Jalan tak perpaling tapi mata menjeling...

Ini Bunga. Sedang menunggu keputusan SPM

Ramadhan baik mesra orangnya
Tak kisah berkawan dengan siapa
Jangan menangis saudaraku semua
Jemput datang ke rumah hamba

"Kalau mama dah senang, datanglah ambil kami disini...."


Mudah-mudahan Tuhan lindungi kita semua...


11 ulasan:

  1. diorg kena tinggal kat mane kak ros?

    BalasPadam
  2. eh..nape kak?

    bulu bunga tu unik..kacuk ke?

    BalasPadam
  3. alaaaaa kesiannya :(

    BalasPadam
  4. al kisah kucin yg sedih, jg dorng elok2 ea

    BalasPadam
  5. huhu, sdih bca..
    tp bla smpai kat bunga, klakar pn ada..tgh tgu result spm...wakaka
    smoga diorg bhagia bersma...hehe

    BalasPadam
  6. sedih pulak baca :(

    smoga mereka dilindungi tuhan sentiasa

    BalasPadam
  7. Aunty Rosmawati,
    Sampai hati mak dia tinggalkan yang ramai tu. Pesanan untuk yang nak beli kucing, kalau agak2 ada masalah ke apa, janganlah mulakan bela. Buat aniaya je. Nasib baik ada jiran yang baik hati. purrrr.....meow!

    BalasPadam
  8. Take care all of them... All the best to youuuu...

    BalasPadam
  9. salam kak kim.... baik nya hati kak kim sangup menjaga mereka... bertuah kucing2 tu dpt menumpang kasih kak kim... semoga kak kim di murahkan rezeki, di beri kesihatan yg baik, begitu jugak kpd anak2 bulus dan teruskan usaha yg murni ini... semoga allah membantu kak kim, dan meringankn beban kak kim

    BalasPadam