Khamis, 12 Ogos 2010

First time....

Ini bukanlah first aku bukak blog, dah banyak kali tapi tak pernah menjadi. Entah sesat kemana-mana peginya. Bila keluar, nak masuk balik dah tak jumpa.... Buat balik, tak tahulah dah berapa banyak akaun aku buat. Macam-macam Kimora ada. Sat lagi, aku tukar Kumari pulak, kalau tak boleh jugak, aku buat akaun kublah, boleh blah.. bye, bye. Ni nak masukkan gambar pulak problem, dah download, dah sejam aku tunggu tak jugak timbul, entah kemana pulak peginya, ee geramnya aku.. tak pelah, nak belajar kena sabor.. Sabar tu, separuh dari Sabariah, bukan gitu En Rimau.....

Zaman aku sekolah dulu, mana ada komputer yang ada typewritter. Itu pun kat pejabat jer. Bunyinya sebatu boleh dengar, macam bunyi orang tumbuk lesung batu.. tak, tuk, tak, tuk... silap-silap jari masuk celah keyboardnya...Aku masa tunggu SPM dulu pun belajar menaip, so sekarang bolehlah menaip tu laju sikit. Taklah macam patuk ayam. Ada sepuluh jari tapi guna jari telunjuk ajer. Silap-silap esok, kontot pulak jari telunjuk tu...padan muka korang...

Aku habis SPM terus sambung belajar kat RIMA College dlm bidang komputer. Itupun FELDA yg taja, kalau duit sendiri mana mampu...Jadi komputer ni aku dah kenal lamalah. Korong nak tahu, kebetullan cerita pasal first time ni,, so, first time aku pegang komputer, alahai takutnya. Nak tekan keyboard takut sangat, macamlah keyboard tu nak gigit jari jer..Lagipun, sebab aku dah biasa menaip guna typewritter, korang tahulah nak tekan huruf kat mesin taip tu kena ketuk kuat-kuat, baru keluar hurufnya. So, aku pun tekan huruf kat keyboard komputer tu kuat2, apalagi .. menjeritlah leturer aku "hoi, nak kasi pecah ke, keyboard tu.." oklah, nanti ada masa aku sambung tulis lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan