Alhamdulillah, tanggal 18 Nov, 2011 bersamaan hari jumaat 10.10pm Nia selamat melahir kesemua anaknya dgn sempurna. Kami menjangkakan awal Dec @ hujung Nov nanti, sbb doktor yg merawat Nia pun kata begitu. Tp tak kisahlah, yg penting semuanya selamat, Alhamdulillah.
Ini first time tau, kucing yg kak Kim bela dr kecik beranak. Sebab selalunya, peringkat2 remaja kak Kim dah hantar mereka semua sunat. Tu yg excited semacam, asyik dok mengintai baby Nia dalam kotak....
Ok, jom kita tengok kronologi Nia beranak. Jam 6.00pm, Nia macam sibuk2 tp sibuk2 dgn budak Snow tu.
9.00pm, anak Kim jerit2 kata Nia nak beranak bawah katil bilik dia. So, kak Kim terpaksa nyorot, tarik Nia keluar dan masukkan dalam kotak. 9.10pm, Nia deliver her first baby. Warna putih....

Diikut anak ke 2, 9.20pm -warna coklat. Anak ke 3, 9.50pm - warna putih dan akhir sekali 10.10pm warna coklat..... Alhamdulillah...

Kak Kim saksikan sendiri Nia melahirkan kesemua anaknya. Uh, salute habih... takder keluh kesah, takder merungut, jauh sekali meraung..... relax jer, Nia. Kak Kim cuma tolong, betul2kan jer anak dia takut tertindih..
Inilah rupa anak Nia pada jam pertama dilahirkan....
Inilah ke empat2 rupa anak Nia pada hari pertama dilahirkan...
Nia rajin menyusukan anaknya. Tapi tidaklah asyik bekepit jer ngan anak dia. Sesekali dia relax duduk2, jalan2 kat luar.
Ini juga gambar anak2 Nia pada hari pertama....
Ini pula gambar anak2 Nia pada hari ke 2....
Pada semua yang sudi mendoakan, yang wish untuk Nia,
kak Kim mengucapkan berbanyak2 terima kasih.....