Ahad, 22 Mei 2011

Si Kimmy..


Dah 2 hari kak Kim memburu budak kecik ini. Suaranya dah parau menjerit2. Setiap kali kak kim nak tangkap dia, dia akan lari masuk pagar rumah orang. Memang tak tertelan air liur mendengar dia menjerit. Mungkin lapar, mungkin haus, mungkin sakit. Ibunya entah dimana. Kak Kim beranikan diri, letakkan saja makanannya dalam pagar rumah orang yg dia sembunyi. Kalau tuan rumah tu tahu, tentu dia marah. Iyalah, mengotorkan belakang rumah orang... Tapi yg herannya, tuan rumah tu lansung tak keluar2. Hish, hish.... takkan, tak dengar suara anak kucing menjerit2 belakang rumah dia..?

Pagi ini, kak Kim nampak dia berlari2. Kak kim intai, Ya Allah adapun ibu dia. Tapi ibunya lansung tak layan anaknya. Sedih tengok dia berlari2 mengejar ibunya, mungkin haus nak menyusu. Apalagi, kak Kim usha kejar dia, mungkin dah lemah. So, dia tak mampu nak berlari laju. Alhamdulillah, dapat.. terus bawak balik. Kejar pulak ibunya, dan bawak kerumah. Pegang kaki tangan ibunya dan letakkan anaknya untuk disusukan. Tapi ibunya meronta2 nak lepas. Dan akhirnya, kak Kim lepas ibunya... Takperlah, anaknya kak Kim ambil dan bela.

Oleh kerana warnanya ala-ala cream, kami namakan dia Creamy. Tapi untuk memudahkan memanggil, kami panggil dia Kimmy.


Selamat datang Kimmy

Kesiankan, kecik lagi dia...

Nasib ada si Merah. Bolehlah menumpang manja...

Si Merah ini pun rajin melayan si Kimmy

Tengok tu. Apa yer, yang si Merah sembangkan..?
Nampak beriya si Kimmy mendengarkannya..

Semuga Kimmy bahagia bersama kami...





12 ulasan:

  1. I am sure Kimmy will live very happily with you!

    BalasPadam
  2. comelnye kimmy!!hrp kimmy hepi2 dgn family br...

    BalasPadam
  3. ala, cian2 kimmy ni...
    kimmy duk leklok ngan mama ek...
    smoga mbesar dgn riang... =)

    BalasPadam
  4. abang madan dah ada adik baru...yay!
    kimmy cepat2 membesar bagai kanak2 milo ok..

    BalasPadam
  5. subhanallah... comei yang amat si Kimmy ni!!!

    BalasPadam
  6. hai kimmy...kaler pun nak sm ngn si merah tuh...pic yg depa ngah smbang tu rasanyer ery tau merah ckp aper..
    merah:jgn nak noty ekk...
    kimmy: yer..yer kimmy good boy..

    syukur ada insan yg baik hati mcm akak nak jaga dia..:D

    BalasPadam
  7. dah macam anak beranak 2 ekor ni...sedondon..ekeke

    BalasPadam
  8. kimmy akn mmbesar bagai johan lepas ni....

    BalasPadam
  9. comel nyer kimmy..leh geng ngan merah... =))

    BalasPadam
  10. comelnya kak si Kimmy nih

    sy doakan smoga kak kim sekeluarga dimurahkan rezeki sentiasa, amin..

    BalasPadam
  11. 1st time dtg sini... seronok baca blog ni. setiap entry penuh dgn dialog bergambar.

    mudah2an kimmy akan hidup bahagia bersama anda.
    terima kasih kerana menyelamatkan kimmy.

    BalasPadam
  12. k.kim dpt ank baru lg..sy satu pun xdpt lg..hurmmm

    BalasPadam