Jumaat, 24 September 2010

Tip memandu kecemasan


BREK GAGAL BERFUNGSI www.familiazam.com
  • Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
  • Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
  • Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
  • Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
  • Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.
KENDERAAN TERBABAS www.familiazam.com
  • Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
  • Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
  • Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.
PEMECUT TERLEKAT www.familiazam.com
  • Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
  • Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
  • Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
  • Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
  • Jikalau gagal hubungi mekanik.
BONET TERBUKA www.familiazam.com
  • Brek secara beransur-ansur.
  • Naik ke atas bahu Jalan.
  • Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
  • Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
TAYAR PECAH www.familiazam.com
  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.
LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM www.familiazam.com
  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
  • Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
  • Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan.
  • Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
KENDERAAN TERBAKAR www.familiazam.com
  • Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
  • Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
  • Gunakan alat pemadam.
  • Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.
TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA www.familiazam.com
  • Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
  • Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
  • Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
  • Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
  • Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
  • Angkat bonet dan dapatkan bantuan.
CERMIN HADAPAN PECAH www.familiazam.com
  • Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
  • Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
  • Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
  • Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.
MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN  www.familiazam.com
  • Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak.
  • Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
  • Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
  • Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
  • Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.
Sumber: http://jpj.gov.my

3 ulasan:

  1. tips memandu masa mengantuk ade tak? hehehe

    BalasPadam
  2. waaaa bagus tips ni.
    saya pernah jadi break kaput masa tgh speeding 110.
    rasa macam dlm movie plak

    BalasPadam