Sabtu, 4 September 2010

My Pet Time Lover..

Sejak perkenalan aku dengan Fan kakimotong, aku lebih cenderung menulis tentang haiwan kesayangan. Mungkin kerana dlm page tu kami byk berdiscus tentang haiwan kesayangan.


Dalam slide kat sebelah ni, korang boleh tengok itulah antara the latest kucing-kucing yg aku ada. Memang diorang ni kiut-miut. Walaupun kadang-kadang diorang ini buat apa yang tak patut dibuat, tp aku consider jer.. alah kucing, bukannya tahu.. kita yang tahu ini, janganlah buat tahu pulak..


Ciputz, inilah satu-satu warisan kucing yang aku ada sekarang ni. Tak silap aku umur dia 6 tahun. Masa kecik, dia inilah yg paling kecik dan banyak penyakit. Bayangkanlah, dah umur 4 bulan bulu tak tumbuh lagi. Boleh nampak dengan jelas urat dgn tulang2nya. Sampai org ingat dia ini anak siMilo. Sedangkan siMilo tu adik dia... Sebab tulah, nama dia Ciputz sbb masa kecik dia mmg kecik sgt. Aku pun ingat, dia tak sempat besar, tp Alhamdulillah panjang umurnya sampai sekarang..Adik beradiknya yg lain semuanya dah mati tp dia tetap steady lagi. Bahkan sekarang ini, dialah jagoh dan otai dikawsan kami.

Tapi sekarang ini dia busy, selalu outstation..cari makwe. Berhari-hari tak balik. Kadang2, sampai  aku dah macam pencuri, intai2 cari dia kat rumah orang. Aku panggil2 nama dia, siap pweet2 lagi, dia cuma angguk kepala jer dari jauh ....eee geram betol aku kat dia... itulah Ciputz..


The best of  Ciputz, dia mempunyai sepasang mata yang  SEKSI

Tecik - Dia ni adik Ciputz tp berlainan bapa. Masa lahir, lima beradik tp cuma dia ajer yg sempat besar, yg lain semua mati masa kecik krn masalah klinikal. Kalau Ciputz specis, bulat dan pendek, Tecik pulak specis panjang dan tinggi. Ekor, kaki, badan, muker semuanya panjang. Tecik agak pendiam, sbb tu dia kureng bekenan dgn Ciputz yg aggresif dan lasak ni. Tapi kdg2 main jugak sama-sama..


Tonchet -  Dia ni memang bukan keturunan kucing aku. Aku jumpa dia kat pasar Sentosa tengan merayau-rayau cari makan. Masa tu, dia kecik lagi. Badannya kurus dan kotor sgt. Sedih aku tengok dia. So, anak aku tangkap dia dan kami bawak balik. Tonchet ini, dia cepat mesra dgn orang. Dia jugak bijak. Plg best, dia tak buang air atau muntah merata. Walaupun, dia tengah sakit, dia usha jugak pegi bilik air. Aku memang tabik-tabik spring kat dia.
Bukan aku nak beza-bezakan mereka, aku sayang mereka samarata. Cuma Tonchet ini, dia lebih mesra alam, putih melepak dan pakai contat lens biru.


 

Gambar kat bawah ni, gambar Tonchet masa mula-mula aku bawa balik. Masa ini aku dah bersih dan mandikan dia. 

 

Aku dedikasikan lagu " Salam terakhir..." buat Tecik dan Tonchet yg telah pergi buat selama-lamanya. Sedih dan pilu sangat bila ingatkan diorang berdua ini..

                                 Love U Forever n Ever


                               Kucing-tucen welfare

  Seterusnya kucing-kucing yg takder IC ni. Kucing-kucing ni, pagi lagi dah bagi salammualaikum  kat umah aku. Bukan semuanya takder tuan tapi susahlah nak cakap, bela kucing nak, bagi makan ...ko cari n curilah sendiri.. kesian aku tengok kucing-kucing. ni...So, klw kat rumah aku ni, ko jumpa rezeki, makanlah. Jangan mencuri, jangan buat kotor - cukup
 Tu tengok tu, anak gadis aku Nadiah ,tengah service tucen2 illegal tu makan. "Akak ni baiklah, ecok kami atang agi, yer... Meacih akak..meow- meow..."






3 ulasan:

  1. ciput. aunty marie suka ciput.
    tak padan ngan nama :)

    BalasPadam
  2. tonchet sgt comel!!!!mcm kuceng saye yg kene buang dulu=(

    BalasPadam
  3. kak..tonchet cam kakak puteh je...

    BalasPadam