Sabtu, 25 September 2010

Pak Lah - animal lover..

SiKitam, kesayangan Pak Lah...

Aku ada sorang jiran yang memang pengasih lagi penyayang. Mereka suami isteri ni takder anak. Suami  umur 55, bekerja sebagai security dan isteri 50 suri rumah sepenuh masa.Walaupun, takder anak tp mereka ada banyak anak kaki empat. Oklah, aku bukan nak cite pasal kucing mereka...tp perihal sisuami yg kami panggil " Cik Dollah..dan isterinya Ateh.."

Cik Dollah ni memang penyayang lg pemurah pada haiwan. Dia takkan bunuh haiwan w/pun haiwan jenis reptilia yg bahaya tu. Kalau sipanjang tu datang rumah dia samada dalam atau luar rumah, dia cuma tolak2 gitu2 ajer klw  dpt tangkap dia masukkan dlm tong atau guni, lepas tu bawak dengan moto kapcainya pegi lepaskan sipanjang tu kat mana2 tempat yg sesuai dan selamat.

Paling aku respect, klw pacat atau lintah gigit kaki atau badan dia. Dia akan cabut silembek  tu dengan sopan, dan masukkan dalam botol. Lepas tu, pegi tepi paya atau sungai dan lepas.. dia tak akan bunuh w/pun darah dah meleleh2 kat badan dia...": Punyerlah baik, Pak lah aku ni...nyamuk dan semut pun dia tak bunuh, katanya "alah diorang pun cari rezeki...".

May God bless YOU...



3 ulasan:

  1. memang betul2 animal lovers nih, bergitu lah yg diharapkan tak kira makhluk apa kita layan sebaik-baiknya..

    kem salam kat pak lah dan isterinya yerk :)

    BalasPadam
  2. baikhati nya Pak Lah.

    kemsalam gak ye

    btw sila claim award anda katpage saye

    BalasPadam
  3. baik tol hati pak la..

    x0x0

    BalasPadam