Isnin, 12 Disember 2011

My Monday blues....


Hari ni, macam2 lak yg terjadi. Pagi pegi bank, konon nak transfer duit ke akaun seseorang. Sampai depan ATM, tanya kat anak apa no. akaunnya. Kata anak, kat dlm henpon. Cari2 henpon, jenuh selongkar beg. Segala kocek habis ditebalik. Takder, sahlah tinggal kat rumah. Yg herannya boleh dua2 henpon, kak Kim dan anak - dua2 tinggal kat rumah. Sampai nak tengok jam pun susah. Tepaksalah intai2 jam kat kedai. Maklum kami bedua ni jenis tak reti berjam tangan.....

Pastu, bila dah perasan takder henpon mulalah hati rasa resah. Emmm... dolu2, masa takder henpon, tak rasa apapun. Ok jer. Sekarang ni pulak, bila tak henpon disisi.... rasa semacam jer...

Balik rumah, rilek2 trylah nak bukak blog yg dah nak bau masam2 tu. Kussss... semangat. Tekejut nyah. Terjonjol mata kak Kim, bila dia tulis " Blog not found. Your blog has been removed....." . Sampai hati uncle google nyahkan blog saya atau ..... Apa salah saya ?

Trylah klik kat yg dihighlightnya tp sepatah haram tak faham. Lagi2 cakap omputeh. Sampai keluarlah statement " Good Bye, my friends..." kat FB. Terima kasih byk2 pada semua kawan2 yg sudi beri komen.

Selongkar2 kat blog kekawan. Mereka suh, sign in semula. Hantar no. henpon utk dptkan verify no. code baru. Kita pun buatlah, rasanya dah 6,7 kali hantar tp tak berjawab2. Kecewa sekali lagi. Masa tu dah rasa, tamatlah riwayat blog aku... sian abg Madan, Nia, Merah dan Snow. Dah takder cite mereka lagi...

Tiba2, terfikir nak cuba hantar no. talipon yg lain pulak. Alhamdulillah, tak sampai 2 minit dia dah jawab bagi no. code yg baru. So, apalagi terus masukkan. Alhamdulillah dah boleh bukak blog....

"...Mama, nanti belikan tok abg Madan spek hitam, yer.
Abg Madan silaulah tengok skrin ni... "









9 ulasan:

  1. huhuhu..nsb baik dh okay..kalau takleh bukak jgk,akak kena bt blog baru. janji kitorg sume boleh tgk abg madan,nia n merah sampai bila2.. huhu

    BalasPadam
  2. nasib baik la dpt bukak blog abg madan...kalo tak windu la mama tatami:)

    BalasPadam
  3. ha..ah la kak..busan la xder entry ttg abg madan hari2..rajin2 la akka meng apdet...hehehehhe... kiut la abg madan..leh buat menantu x... chinta chanduree kiter tu dah lama jd ibu tunggal laki dia dah berpindah..

    BalasPadam
  4. Phew.... sib baik abg madan mintak spek itam je. jgn dia mintak ipad suah...

    kak kim; nasib baik dpt buka blog semula. kalau tak abis la abg madan tak de tempat nak buat luahan perasaan dia...

    BalasPadam
  5. abg madan..mintak ngan mama spek 3D tau..hehehehe ;)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... kak Kim dpt bukak balik blog ni... syukur gak sbb dpt bace cite abg Madan yg encem tu lg... hihihi~

    BalasPadam
  7. betul kak Kim sy pon pnh terkena...panic jugak mujur lah tak diremove trus huhuu

    BalasPadam