Isnin, 11 Julai 2011

Unty yg baik hati..

Ingatkan kisah anak yatim piatu si Kimmy dan Koppy yg kak Kim ceritakan pd entry yg lalu. Betul kata orang, rezeki ada dimana2. Patah tumbuh hilang berganti walaupun pengantinya tak sama dgn yg pergi. Kini Kimmy dan Koppy dah ada ibu tumpang yg amat penyayang, baik hati dan pemurah. Itulah dia mummy Unty... . Unty pun ada anak sendiri 3 ekor. Tp mereka semua dok luar atas pilihan Unty sendiri.


Memula test letak sekor. Unty nampak tak kisah...

Lepas tu, letak sekor lagi. Unty ok jer...

Unty terus menyusukan dengan selesa


Walaupun Unty dah nak keluar,
tapi krn bebudak ini masih nak menyusu.
Unty sanggup tunggu dulu


Unty dah nak balik rumah dia.
Tapi budak2 ini tetap mengekori Unty.

Unty tak sampai hati. Unty berenti dan
menyusukan mereka lagi sambil memujuk..
"..masuklah, hari dah petang.
Esok Mummy Unty datang lagi.."

Mereka masih tak mahu masuk rumah....

Unty layan pula mereka main...

Akhirnya, kak Kim terpaksa tangkap budak 2 ekor ni
bawak masuk. Kesian Unty, tak balik2 rumah dia.
Terima kasih banyak2 Unty.
Esok kita jumpa lagi.

Mudah2an Unty sentiasa sehat,
ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa...
Terima kasih sekali lagi untuk Unty yg baik hati..





15 ulasan:

  1. tacing nye bace kisah Unty yg baik ati ni tlg nyusukan anak yatim ni kan Kak Kim...

    terima kasih ye Unty... semoga Unty sentiasa sudi jadi mummy susuan Kimmy n Koppy...

    BalasPadam
  2. awlaa , comel nyee mummy Unty ni .

    tengok comel , bersih . orang bela ke ni kak ?

    omell Untyy ~ love you lah .

    BalasPadam
  3. ya Allah kak Kim terharunya baca..

    indahnya kasih sayang si Unty yg baik hati

    smoga Unty sihat selalu, amin...

    BalasPadam
  4. wah!! kucing mane pulak tu?? mulia nyer!!

    BalasPadam
  5. tu la kan..kucing pun ada sifat kesian pd anak2 kucen yg xde ibu ni..muka dia pun lembut jer...semoga mummy aunty akan sihat2 selalu...leh dtg menyusukan dan bermain2 ngn anak2 nih...

    BalasPadam
  6. sweetnya unty ni. touching sgt2...

    BalasPadam
  7. alahai!! kucing pun tau belas ihsan.. manusia skrg?? hmmmmm...

    BalasPadam
  8. baiknya unty.
    sedih plak rasa hatie.
    moga unty sihat dan terus menjaga mereka berdua.

    BalasPadam
  9. auntie dok maner kak kim? baik tul hati dia...kn bagus klau ramai manusia yg mcm ni...

    BalasPadam
  10. satu tauladan utk manusia mempelajari ..
    haiwan yg tk ada akal pun ada sifat penyayang manusia.
    kt umah aby pun mcm tu juga,
    ada yg sedia jadi ibu2 tumpang

    BalasPadam
  11. WWWAAAAHHHHH!!! Kita sedihlah...kita pun dulu anak yatim piatu... har har har *sad laughs*

    BalasPadam
  12. Unty is good cat mother. Semoga Unty sihat selalu...

    LOL,
    Mika+Yong

    BalasPadam