Khamis, 10 Mac 2011

Patut atau tak patut....?


Kalau malang yg berganda org kata, sudah jatuh ditimpa tangga. Tp kalau rezeki yg berganda, orang kata apa pulak..? Kira ONGlah tu.... Takderlah...kak Kim ikhlas, tak harap apapun. Kalau, esok2 ada orang mengaku itu kucing dia, kak Kim akan pulangkan.

Kalau ada pulak yg kata, apa ker bendanya rezeki jumpa kucing kurap, menyusahkan ader. Baru 4 hari yg lepas bawak balik kucing sakit, ini bawak balik lagi kucing kurap...saja cari masalah. Insya Allah, kak kim takder masalah, mungkin orang tu yang ada bermasalah....
Biarlah, jangan layan..

Ini cerita kali ni..,

Balik dari keje petang semalam, tengah sedap2 menurun bukit, tiba eerkk.... brek emergency. Uh, sib baik sempat berenti... sekor anak kucing duduk terjelepuk tengah2 jalan, lansung dia tak mahu berganjak. Cepat2 sambar dia dan letak kat tepi. Keadaan dia nampak uzur. Dalam hati dah berkata tp ini kawasan perumahan, takut nanti ada yg cekak pinggang, "hoi.. curi kucing aku, yer.."

Sampai kat rumah, tak senang duduk dibuatnya, asyik teringatkan anak kucing tu. Iya kalau dia bertuan, kalau tidak...aduh kesiannyer..Masuk balik dlm kete dan pegi balik tempat tu. Alhamdulillah, dia masih ada disitu. Monyok jer muker dia, kesianyer..Ambik dan bawa balik..

Mungkin rakan-rakan boleh nilaikan,
Samada dia ini bertuan atau tidak..?
Patut atau tak patut kak Kim ambil dia...?

Sampai rumah bagi dia makan dan minum.
Bersihkan luka2 dan kurap2 dibadannya.
Sementara waktu, kak Kim sapukan minyak gamat..

Hari ini tak sempat nak bawak dia pegi Vet.
Insya Allah, esok kak Kim akan bawak..


18 ulasan:

  1. patut sgt kak...

    rasanya kucing tak bertuan tu, mgkn merayap mencari makanan

    kesian tgk keadaan dia, mujur ada Kak Kim mmg bertuah si comel nih :)

    BalasPadam
  2. setuju ngan MM..tak bertuan rasanya tu..dia sedang berjuang utk hidup..

    BalasPadam
  3. aah, anis pon stju..gyanya mcm x bertuan je...
    cian dia, dpt bygkan prsan dia bla mula2 kna tinggal, then ade org dtg amik dia...dia bertuah sgt jmpa akak...smoga dia cpt smbuh...hehe

    BalasPadam
  4. kucing terbiar kot tu sis..sian dia..

    BalasPadam
  5. kesiannye die.....
    sayu ati tgk.....

    BalasPadam
  6. Nanti bila dah lama duduk dengan Aunty Rosmawati, dah takde kurap, dah gebu....ooo....mesti comel! Dulu abang kita Tom macam tu juga. Mama jumpa kat kawasan perumahan mahal. Tapi Mama tak tanya siapa-siapa, terus bawa balik. purrr....meow!

    BalasPadam
  7. bela saja kak....sian kt dia
    klu dia bertuan pun, tuannya adalah sgt kejammmm

    BalasPadam
  8. salam rosma.
    aby pun ada kes gini juga.
    masa tu kt umah adik ipar,
    ada org buang kitten yg tunggu mati jer,
    berkurap, perut kembung dan jalan pun terhoyong hayang.
    pertama bila bawak balik anta ke vet,
    bg ubat cacing nak bagi perut kempes balik.
    lps tu kurung kt cage dan bg ubat supaya kurap tu tk menjangkit ke kucing lain.

    sekarang dan besar dan sihat.
    dah 8 bulan kt umah ...

    semoga rosma dapat jaga kucing tu sama.

    BalasPadam
  9. Semoga Allah sentiasa merahmati kak Kim.
    Untuk si comey, jangan noti2!

    BalasPadam
  10. :)
    All I can say is, you are so sweet and kind!!

    You did the right thing!

    BalasPadam
  11. Kalo Ikah pun jadi cam Kak Kim , cuma ada kalanya keadaan tak mengizinkan...but yang lebih penting, kena ingat...tanggungjawab sesama makhluk...dan itu amanah Allah untuk manusia yang berfikir..

    nanti bagi nama kat dier ekk..dah pegi vet tue habaq tau...

    BalasPadam
  12. gaya cam xde tuan neh.

    eh apa komen abang Madan kat adik baru dia nie?

    BalasPadam
  13. kalau dia ada tuan, mesti teruk tuan dia tuh. ada ke patut tinggal kucing yang kecik lagi kat tengah2 jalan. dengan luka, kurap. isk2.

    BalasPadam
  14. Memang patut sangatlah.. Time kasih kak. cantik. Kesian adik kecik ni... Adik dok elok2 kat umah tu yer. esok gi klinik tau...

    Semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga... abg madan ok ke?

    BalasPadam
  15. Baiknya hati kak Kim.. saya mau jadik macam kak kim :)

    BalasPadam
  16. Bagi sy plak, dia pernah ada tuan.. Nanti bila dia dah sehat, mesti ramai yg jeles nih.. Brav0 kak Kim..

    BalasPadam
  17. kucing mcm ni nampak mcm tak bertuan, kalau ada pon dia dah lama sesat dari rumahnya,tapi kalau bertuan sahlah dia kena abai...tindakkan akak sungguh bermakna untuk kucing ini..jangan peduli cakap org yang sengal..mereka tak suka haiwan saja yg cakap binatang menyusahkan..mereka ingat hanya mereka yg menongkat dunia ni!
    saya sokong akak!

    BalasPadam
  18. baiknya hati tolong kucing..kat rumah saya pon ada je selalu kucing2 luar datang tumpang makan tumpang main tumpang bergaduh. layan je la.. terima kasih datang blog saya... sayang semua meoww2

    BalasPadam