
Hantar ayah pegi klinik. Selalunya pergi waktu malam atau lepas balik keje. Tapi hari tu pegi sebelah pagi sbb2 hal tertentu. So, bisness hour klinik tu sebelah pagi, kak kim tak surelah sangat..
Kebetulan sampai sana, cik/puan misinya (petugas klinik biasa, jer..) tengah buka kunci pintu klinik... Kak Kim pun tanyalah elok2..." Klinik bukak ker, pagi ni...?
Dengan muker bedengung lagi sombong, cik misi tu menjawab... "tak nampak ker, saya bukak pintu ni. Bukaklah...!!
Uh, menyentap saraf adrelinaku... Inikah orang kita yang dikatakan kaya dengan budi bahasa...?
Rasa nak cancel jer masuk klinik tu. Tapi kerana mengejar masa, masuk jugak dgn dada dan muka yang hangat...
Mungkin ada yang kata. "Apalah, kak Kim ini. Dah nampak orang tu bukak pintu, tanya lagi..bukak, ker ?".
Iyalah, manalah tahu kot-kot, dia bukak untuk ambik barang jer, lepas tu tutup semula. Lagipun, apa salahnya jawab elok2...orang yg datang klinik tu bukan orang yg sehat2, semuanya yang tahap kesihatannya kurang memuaskan. Silap2 nanti...
Lagipun, biasalah orang kita..dah nampak orang tu makan, tanya lagi...." makan, ker...". Bagi kak Kim, bukan dia tak nampak orang tu makan tapi itu dah jadi ayat sapaan mesra. So, janganlah herdik mereka..." Oii..buta, ker? dah nampak orang makan, tanya lagi...".
Sebenarnya itu lebih baik, dari mereka lalu dan tak tegur. Nanti keluar pulak pantun " Apa dosa kami, lalu tidak tegur....".
Yang merah itu saga
Yang lorek itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang molek itu budi.....
Senyuman dan penampilan
yang baik,
yang baik,
mampu berbicara sebelum
anda mula berbicara....
anda mula berbicara....