Isnin, 20 Jun 2011

Selamat Hari Bapa..

Walaupun, Hari Bapa dah berlalu semalam tapi cuma hari ini kak Kim berkesempatan menulis..

Dari hari rabu hingga semalam, abah tak sehat. Jam 12.10 t/mlm khamis, abah separuh sedar . Call abang Daud ( abg kak Kim yang no.2). Malam tu jugak, kami bawa abah ke hospital, terus ke bahagian emergency. 4.30 am, abah dibenarkan pulang setelah masukkan air dan darah.

Esoknya, abang Daud ambil cuti untuk jaga abah. Hari Jumaat, giliran kak Kim pula jaga.

Menjelang tengahari, abah sakit perut dan cerit berit. Dengan pertolongan jiran, kak Kim bawa sekali lagi abah ke hospital. Pada mulanya, abah tak mahu pergi. Kami pujuk, abah tetap tak mahu pergi, kata abah " abah tak nak mati kat hospital. Abah nak mati kat rumah...." menitis air mata kami, menitis air mata abah... Dalam keterpaksaan, kami angkat juga abah masuk dalam kereta dan terus ke hospital. Sampai dihospital, abah terus dimasukan ke wad kecemasan. 4 jam di wad kecemasan, abah dibenarkan pulang.

Sebelah petang, abang kak Kim yg pertama tiba untuk sama-sama menjaga abah.Kejap2 abah bangun nak air, kejap2 abah bangun nak pegi bilik air. Abah tak mahu kejutkan atau panggil kami, abah nak buat semua sendiri tp abah tak larat. Baru bangun dah jatuh. Abah kata " tak mahu menyusahkan kami....". Itulah abah, walaupun badan tak mampu, tapi semangatnya tetap kuat.

Alhamdulillah, hari ini abah nampak dah ansur sehat sedikit. Mudahan abah terus sehat, sejahtera selalu....

Untuk Abah,

KAMI SAYANG ABAH....

6 ulasan:

  1. saya doakan ayah kak kim cepat sembuh..

    BalasPadam
  2. besarnyer pahala menjaga ibubapa yang sedang sakit..
    smoga ayak kak kim cepat sembuh seperti sediakala....aminnn :)

    BalasPadam
  3. semoga abah kak kim kembali sihat semula... amin...

    BalasPadam
  4. Aunty Rosmawati,
    Kita doakan yang terbaik buat Abah ye...meh sini...sayang dia... (((((HUGS))))) purrr...meow!

    BalasPadam
  5. ery pun..doakan abah akak sihat walafiat hendaknyer..

    BalasPadam
  6. SAYA PUN DOAKAN SEMOGA AYAH KAK KIM PULIH SEPERTI BIASA..AMIN...

    BalasPadam