Sabtu, 11 Jun 2011

Si Comel....

Si comel ini, dikutip tuanya dikaki lima kedai. Masa itu dia masih kecil dan comot. Namun kecomelannya masih terserlah dibalik wajah berdebu.

Berbunga2, hati sicomel bila ada insan yg sudi membawanya pulang ke rumah. Berakhirlah penderitaan hidup sebagai kucing jalanan.

Tapi langit tak selalu cerah. Kuharap panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari...

Beberapa tahun kemudian, ahli keluarga tuannya semakin bertambah. Tuan dan puannya semakin sibuk menguruskan anak sendiri dan sicomel ini semakin terpinggir... Ibarat melukut ditepi gantang. Masuk tak menambah, keluar tak meluak

Semalam, si comel mengiau2 memandang pintu rumah yg bertutup rapat. Yang terdengar hanya suara , ".. suh, suh.. pegi! jangan masuk, kotor ! pegi... Menjelang petang , si comel masih di situ. Sesekali, mengiau.. sayu bunyi..

Memberanikan diri, pegi merapati sicomel.
Ya Allah, kesiannya dia...

'
'
'
'
'
'
V

Dengan nada suara terkawal, takut didengar tuan rumah, kak Kim cuba pujuk dia keluar pagar. Tapi dia tak mahu. Pandang sekelingnya, tiada bekas makanan atau minuman. Pulang kerumah, dan kembali semula membawa makanan serta minuman. Kak Kim hulurkan kpdnya melalui bawah pagar. Hari dah semakin gelap. Kak Kim bercadang, esok akan usha bawa dia keluar.

Tapi kita hanya merancang.
Esok bila kak Kim datang tengok, dia dah takder lagi .........





16 ulasan:

  1. kene buang agaknyer.. aduyai ! x boleh bace lgsung psl kucg, mestii bercucuran air mata niyh..

    BalasPadam
  2. kesiannya kamu (T________T)

    kalau betul nak jaga kucing, jagalah betul2...
    amanah tu...

    sampai hati tuan dia..

    BalasPadam
  3. Mana dia pergi? Kesian dia... purrr....meow!

    BalasPadam
  4. uwaa... sedihnye tngk si comel tu.. T_T

    **berazam x nak sia²kan bebudak kat umah ni andai suatu hari nanti btambah bilgn ahli kuarga....
    Mudah²an Allah kuatkan hati ni... amin...

    BalasPadam
  5. nak marah yang amat sangat kat owner kucing comel tu!!!!!!!!

    BalasPadam
  6. maner tak kotor sbb owner dia x cakner kat dia.kesian si comel tu.try la cari kot2 ade sekitar kot kak

    BalasPadam
  7. Ksk Kim... kenapa semalam tu tak ketuk je pintu rumah tuan dis (dslsm kawasan rumah orang/ada tuan ke ke?)

    Sedihnya tengok luka tu... kalau tak rawat, boleh melarat... bahaya... :((

    BalasPadam
  8. samer la mcm kt sini kak kim...nama jer ader owner tapi merempat cam kucing jalanan, sbb tu kdg2 kalau dh geram sgt farah culik n bgi kt org yg betul2 mau jaga, tuannyer bkn carik pun...abes2 pun dia cakap dh kene mkn anjing la tu...mmg xder perasaan dan tanggungjawab!! huh!

    nnt akak selamatkan si comel tu yer....yer :D

    BalasPadam
  9. biar YG ESA balas prbuatan manusia 2...kalo dh x mampu bek xyh langsung ada hati nk bela haiwan peliharaan...pikir 1000x.....

    BalasPadam
  10. YA Allah! KEsiannya!~ (T________T) Sedih sangat. Apa hak dia nak buat macam tue? Semoga awak berjaya selamatkan kucing tersebut. Geram betol!

    BalasPadam
  11. kesian nye kat dier!!!!!!! sampai hati tuan die wat cam tu..

    BalasPadam
  12. ya Allah sedihnya :(

    sy doakan yg terbaik utk si Comel, sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang..

    BalasPadam
  13. wahhh ni yg mendtgkan amarah nih...
    aduhai kesian nyer ery tgk...
    nak jaga tp bila dh jd gtu bt mcm tu plak..
    tgk jelah air muka si comel tu
    kt dah tau apa yg ditangungnyer...kesiannyer...
    ery pun rs dia dh g buang la..sbb nmpak akak bg dia minum..ish..mrh btl lah!

    BalasPadam
  14. Belum hilang sedih baca kisah kucing2 hilang dan mati dilanggar keete, sy tedrbaca yg ni pulak. Sepjg hari saye berendam air mata tgok kisah manusia zalimi haiwan camni

    BalasPadam