Isnin, 7 Februari 2011

Saat aku menghembuskan nafas terakhir..


Mati itu pasti, hidup itu Insya Allah...

Rejab menghembuskan nafas terakhirnya pagi semalam. Memang kami tak sangka, petang itu dia boleh berjalan2 bertemu dengan rakan2 stray cat dibelakang rumah. Dia masih boleh menelan makanan. Sampai kami tegur dia.." hi, kata sakit tp sibuk berjalan2..". Memang kak Kim positif dia akan sehat..Tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya... bangun pagi kak Kim tengok dia elok tidor ditempat tidornya, tenang wajahnya...rupa dia tidor untuk selama-lamanya. Kak Kim petik setangkai bunga biru ditempat Rejab dan adik2nya selalu bermain dan kak Kim letakkan disisinya. Damailah kau disana, sayang..

Dari malam Syaaban tak henti2 mengiau. Kak Kim tahu dia sakit, tp apa yg mampu kak Kim buat ?. Kak Kim cuba suap makanan kemulutnya tp mulut begitu payah untuk dibuka, seperti telah kaku. Bersama anak, kami usha buka mulutnya. Hanya mampu terbuka kecil, muat2 hujung picagari. Kak Kim pamkan air kemulutnya tapi banyak yg keluar dari yang masuk.... Syaaban tidak mampu bergerak. Lendir pekat semakin banyak keluar dari hidungnya. Perlahan2, kak Kim lap dengan tisu tp ia terus keluar.

Seketika, terdengar seperti bunyi ketukkan disangkar Syaaban. Kak Kim segera tengok, rupakan Syabaan seperti menggelupur dengan kaki serta tangan terangkat2. Nafasnya semakin kencang tercungap2. Subha Nalloh, kak Kim tahu dia sedang berhadapan dengan sekaratul maut...kak Kim bisikkan kepadanya, mama sayang Syaaban, kami semua amat sayangkan Syaaban..Seketika, semua terdiam, terkaku...kak Kim lepaskan Syaaban pergi dengan penuh kasih sayang dan keinsafan..

Safar hingga kini tak kami temui. Kak Kim terus berusaha mencari walaupun harapan semakin nipis. Kak Kim terus berdoa agar Safar segera pulang. Tapi seandainya, ia juga telah menuruti langkah kedua2 abangnya, kak Kim redho. Cuma terkilan, safar tiada kuburnya...

Bukan niat nak menghebah2kan tentang kematian, tapi sebagai peringatan pada diri sendiri dan anak2 kak Kim. Sesungguhnya mati itu sukar untuk dijangka. Dalam sehat, dalam tidor - mati itu ada.

Sedangkan anak2 cumil ini yg jelas suci dari dosa, begitu payah menghembuskan nafas terakhir, apalagi kita...

Samada jasad kita disemadikan dengan sempurna atau ghaib begitu saja...Allah saja yang tahu.


Ya Allah, Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa-dosaku. Jadikanlah hidup dan
matiku dlm keadaan beriman dan kekalkanlah aku untuk
terus mengasihi semua makhluk-makhlukmu, Aminnnn...



10 ulasan:

  1. Moga kak kim terus tabah menghadapi kehilangan ini.. moga akak terus menyanyangi haiwan2 kerdil ini..pasti mereka damai disana..insyaallah..

    BalasPadam
  2. Setuju sgt dengan kata2 akak... peringatan itu juga utk diri saya... terima kasih... semoga akak tabah dan sabar. harap safar selamat walau dimana dia berada. sekiraya masih hidup, biarla dia sihat, sekiranya dia sudah tak de, harap pemergiannya tidak terlalu menyakitkannya... begitu juga sy doakan utk deejay sy yg hilang sejak raya... dlm hati masih mengharapkan dia pulang... sbr ye kak...

    BalasPadam
  3. Salam... Berita sedih lagi :((

    Saya jadi pilu dan merasa insaf dengan apa yang Kak Kim coretkan...

    Semoga kita akan mati dalam iman dan dipermudahkan... amin...

    BalasPadam
  4. Salam kim.. emm boleh tau Syaaban sakit apa ye?.. DC dah lalui semua ni.. DC berdoa jika itu ketentuan Illahi permudahkanlah.. subuh2 (kebetulan tgh azan) memangku kucing DC yg sdng menghadapi saat dipisahkan nyawa dari tubuhnya..

    BalasPadam
  5. RIP sayang2 semua.

    sabar ye kak Kim

    BalasPadam
  6. ya Allah sedihnya...

    sy tahu perasaan Kak Kim kerana sy sendiri pernah melaluinya, memang kelihatan si cumil tersiksa di kala nyawanya diambil sedangkan mereka suci dan tidak berdosa apatah lagi kita

    harap kak Kim tabah menghadapi dugaan ini, dan damailah mereka di sana...

    BalasPadam
  7. Kadang-kadang bila kita dalam kesusahan, senyum itu di rasakan payah.
    Bertenang dan ingatlah, apapun yang berlaku semuanya sudah Allah rencanakan untuk kita.
    percaya.
    pasti ada hikmahnya di sebaliknya.

    Tabah kak kim.
    Kita sedang di uji. =))

    BalasPadam