Selasa, 2 Ogos 2011

Rezeki yang pergi..

Kali ini lari tajuk sikit, masih berkisar Ramadhan tp bukan abg Madan, kisah bazar Ramadhan. Hari ini hari pertama pegi bazar Ramadhan utk tahun 2011. Semalam tak pegi sbb konon2nya rajin masak sendiri..

Habis keje terus pegi bazar Ramadhan sekitar kul 4.30pm gitu. Kebanyakkan gerai baru mula nak bukak. Sedang leka membeli, tiba2 rak..diikuti dgn beberapa jeritan. " Astagfirullohalazim..." Meja tempat letak air di gerai sebelah patah. Seperti air sungai berwarna warni mengalir deras dimerata lantai, habis tumpah semua. Bekas2 tong airnya bersepah sana sini...Sedihnya kak Kim tengok, sbb kak Kim tahu belum ada sesen pun kakak tu dapat hari ini, kerna dia baru saja sampai. Dan kak Kim juga kenal kakak tu, dia bukanlah dr golongan orang senang..

Kakak itu cuba tersenyum, tapi dalam hati pasti menangis...

Semuga kakak tu tabah dan tidak patah semangat. Mudah2
an Allah lipat gandakan rezeki kakak dihari esok...

11 ulasan:

  1. Aloh...kesiannya akak tuh...emm. mungkin bukan rezeki die hari tuh...

    Btw, Selamat berpuasa tuan belog! =))

    BalasPadam
  2. amin..hari ini rezeki lebih berlipat ganda.

    BalasPadam
  3. yela kan..bukan rezeki akak tu...mudah-mudahan berlipat kali ganda rezekinyer nanti..insya allah

    BalasPadam
  4. kita doakan yang terbaik utk akak tue.
    mudah-mudahan semuanya berjalan lancar .
    amin

    BalasPadam
  5. kite sepesen la k.kim..awal2 masak..semlm da mula membeli kat bazar...hehe

    BalasPadam
  6. salam. Kjee pernah pergi ke Pasar Juadah di pasar keramat berbelas tahun lalu. masa tu macam ada puting beliung. ada satu gerai makcik kelantan, payungnya terbang.Meja dia pulak habis ranap. berterabur makanan. meraung dia. kita yang kat situ nak buat apa. nak hulurkan tangan membantu pun tak berani sebab tengok dia dah histeria!

    BalasPadam
  7. kesian kakak tu... mudah²an kakak tu tabah hadapi dugaan bln puasa ni... semoga rezeki dia melimpah ruah slps ni... amin... =)

    BalasPadam