
Anak2 Unty genap seminggu.
Satu dah tewas dalam perjuangan untuk hidup,
tinggal lagi 3.
Satu dah tewas dalam perjuangan untuk hidup,
tinggal lagi 3.














Ini apa hal lak naik atas kotak ini..
Macam bestnya jer naik...
Ramadhan....!!!!
Nak sangat naikkan,








Baby2 Unty.. 

Si comel ini, dikutip tuanya dikaki lima kedai. Masa itu dia masih kecil dan comot. Namun kecomelannya masih terserlah dibalik wajah berdebu.
Beberapa tahun kemudian, ahli keluarga tuannya semakin bertambah. Tuan dan puannya semakin sibuk menguruskan anak sendiri dan sicomel ini semakin terpinggir... Ibarat melukut ditepi gantang. Masuk tak menambah, keluar tak meluak
Semalam, si comel mengiau2 memandang pintu rumah yg bertutup rapat. Yang terdengar hanya suara , ".. suh, suh.. pegi! jangan masuk, kotor ! pegi... Menjelang petang , si comel masih di situ. Sesekali, mengiau.. sayu bunyi..
Dengan nada suara terkawal, takut didengar tuan rumah, kak Kim cuba pujuk dia keluar pagar. Tapi dia tak mahu. Pandang sekelingnya, tiada bekas makanan atau minuman. Pulang kerumah, dan kembali semula membawa makanan serta minuman. Kak Kim hulurkan kpdnya melalui bawah pagar. Hari dah semakin gelap. Kak Kim bercadang, esok akan usha bawa dia keluar.