Jam 5.30 petang, Dr Chew call. Ramadhan terpaksa menjalani dua pembedahan. Satu gulinya didalam perut. Operation diperutnya pula mengalami masalah kerana kesukaran mencari gulinya. Memang tak sangka, operation ini yang biasanya mudah bertukar menjadi sukar dan kritikal. Segala-galanya pula jadi berganda. Termasuklah kosnya...

Beginilah keadaan Ramadhan selepas dibawa balik dari klinik.
Dia hanya mampu telantar dgn mata separuh terbuka..

Dia tidak mampu bergerak. Kemana2 kami terpaksa mengangkatnya.

Dua hari selepas tu, dia baru mampu mengangkat kepala

Walaupun abang Madan tak mampu bangun, adik2nya tetap
datang memberi sokongan dan bermain dengannya

Hari ke 5, Ramadhan dah boleh bangun.
Kesian tengok dia, nak duduk atau bangun begitu susah sekali.
Kami terpaksa bantu dia untuk duduk atau bangun.

Kuharap panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Luka operation diperutnya berdarah semula. Nak bawa ke klinik semula rasa dah tak mampu. Tambahan pula sekolah akan dibuka beberapa hari lagi. Time ini, memang kak Kim desperate ..


Pandang ke dinding ada beberapa botol minyak gamat.
Kak Kim capai, dengan selawat dan kalimah Bismillah,
minyak gamat itu kak Kim titis terus ke lukanya.

Hampir berminggu-minggu Ramadhan hanya duduk di rumah.
Bila siang, matanya sayu memandang keluar...


Alhamdulillah, minggu ke 3 luka diperut Ramadhan dah semakin kering
dan dia dah boleh duduk dengan sempurna

Dan ini wajah Ramadhan hari ini. Dia dah boleh berlari
dan bermain dengan adik2nya. Syukur banyak2...
Wang ringgit bukan segala-galanya tapi usha yang berterusan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi menjadi pembakar semangat untuk yang lemah terus hidup..
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku
Untuk terus hidup di atas dunia
Tanpamu kulemah
Pasti aku tak berdaya
kerna kau Maha Karya Cinta
Aku kan tetap bersamamu
Sehingga ke akhir waktu...