Selasa, 26 Oktober 2010

" Mama, jangan marah..."

Aku tengah leka menonton TV, tiba2 ...prapppp...satu bunyi dari bawah tangga. "Apa benda lak tu,..? aku intai dalam cahaya yg samar2...satu lembaga putih sedang terguling2 bawah tangga.. "Ramadhannnn...dia mendongak sekejap, ditanganya ada seekor lipas yg tinggal nyawa2 ikan..

Itulah Ramadhan yg kerjanya asyik main siang malam.. Macam2 permainannya yg direka ciptanya sendiri....

Ini aktiviti Ramadhan sebelum masuk tidor malam..main lipas.
Jimat duit, tak payah beli Ridsect or shelltox

Dia rajin membantu aku lipat kain. Tapi orang lipat kain, dia gulung kain..
Kadang2 dah macam hantu Juon dlm gulung kain..

Ramadhan memang minat membaca surat khabar.
Sekejap jer, dah habis dia baca. ..Dengan surat2 khabar tu sekali habis..


Beg Plastik. Favourite dia. Dia boleh gila kalau jumpa beg plastik.
Habis semuanya dilanggar. Last2, berdengkur dalam beg plastik tu..

Barang hiasan rumah yg terjurai2 or yg tergantung2.
Memang tak payahlah. Habis semua, dia gayutnya

Sejadah. Tempat dia menunjuk skill. Kadang-kadang aku belum
habis sembahyang, dia dah siap tolong gulungkan.. sejuklah dahi aku sujud kat simen

Bergusti dengan dengan anak2 Mengarat. "Nah kau, smash down.
Kepit kat kaki, gigit telinga ". Tapi kalau Mengarat ader
( Mengarat - nama ibu anak2 kucing ni). Ramadhan tunjuk alim. Tunduk jer, lalu...


Boring kat rumah, dia turun kat tanah pulak. Pokok2 aku pulak dikerjanyer. Panjat sana, pijak sini konon nak tangkap belalang. Belalang tak dapat, pokok aku yg patah..

Tapi aku terima Ramadhan seadanya. Segala itu, fitrah kucing. Tak marahpun dia, kerana aku tahu satu hari nanti, Ramadhan akan dewasa dan mungkin akan memilih jalannya sendiri...yang tinggal hanya kenangan terindah bersamanya...

7 ulasan:

  1. hehe...aktifnya ramadhan ni kan, kucin MM kalo da beso gini pemalas belaka makan tido je la keje :)

    BalasPadam
  2. salam k.kim...biasa la kucen jantan mmg cam2 mase tgh ligat nie...esk2 dh btul2 jd jantan asyik kuar umah jew, nnt kte jugak yg rindu keletah nyer....dh lumrah....

    BalasPadam
  3. nakal la ramadhan ni..heheh..tp comel sgt..

    BalasPadam
  4. HEHE comel gile . kucing jenis yg tak gadoh ngan kucing laen . NICE. :)

    BalasPadam
  5. kak kim..sedih pulak bile baca balik cite pasal abg madan time nie.. :(

    BalasPadam