Selasa, 5 Oktober 2010

Aku, dia dan sosej..

Keadaan keliling masih gelap lagi. Sayup2 terdengar suara halus mendayu2. Kebetulan aku sorang jer, dlm bilik tu yg memang terpisah dari blok2 lain. Aku terpaku seketika, mengamati bunyian tu. Ia semakin jelas mengarah kebilikku.

 Ini tak boleh jadi, aku melompat keluar...ahk! terbeliak mataku..melihat satu benda putih bergerak kearahku...suaranya halus, merintih seperti meminta tolong... semakin lama semakin dekat.. apa aku nak buat ini. Nak lari, kaki seperti dah terpaku...

 Ketika dia betul2 berada didepanku,  aku sempat berkata, " ok, aku tolong engkau. Tapi lepas tu, engkau jgn kacau aku lagi, sbb aku nak kerja. Buat sementara waktu ini, engkau boleh duduk dlm bilik ini, tapi jgn usik apa2, jangan tunjuk muka ko kat sapa yg datang...nanti ada yg menjerit

Aku tahu dia lapar, silap2 aku dimakannya nanti. So, aku pun berlari ke kantin. Nak beli apa? takkan dia nak makan mee hoon or nasi lemak. Oklah, aku rasa klw daging tentu di makan, kot.. Aku pun beli dua ketul sosej, mak cik kantin tu  tanya, takkan sosej ajer...sosnya tak nak, ker... takperlah makcik...

Aku kembali kebilikku. Dia masih ada disitu. Matanya bulat memandang seperti nak menerkam aku..cepat2 aku campak sosej tu kearah dia. Dia pun makan dengan lahapnya...

2 ulasan:

  1. suspennya baca.

    dap tak sosej tu?

    BalasPadam
  2. wahh...tengok pic ni macam Cindy la plak..ekekek..^^'

    BalasPadam