Khamis, 16 Jun 2011

Paling Popular....

Kalau anda bijak bistari,
apa benda paling popular di Malaysia...?

Abang Madan : Dato' Siti Nurhaliza...
Mama : Salah !

Nia : Pantainya yg indah, daun nyiur melambai2...
Abg Madan : Eeee... skema betul budak Nia, ni.. uek..
Mama : Pun salah

Merah : Warna Merah.....
Nia : ha, ha... ntah hapa-hapa budak Merah ni...
Mama : Juga Salah

Jawapannya selepas ini...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V

Inilah dia, paling popular di M'sia
Semua rumah pasti memilikinya...








Sabtu, 11 Jun 2011

Si Comel....

Si comel ini, dikutip tuanya dikaki lima kedai. Masa itu dia masih kecil dan comot. Namun kecomelannya masih terserlah dibalik wajah berdebu.

Berbunga2, hati sicomel bila ada insan yg sudi membawanya pulang ke rumah. Berakhirlah penderitaan hidup sebagai kucing jalanan.

Tapi langit tak selalu cerah. Kuharap panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari...

Beberapa tahun kemudian, ahli keluarga tuannya semakin bertambah. Tuan dan puannya semakin sibuk menguruskan anak sendiri dan sicomel ini semakin terpinggir... Ibarat melukut ditepi gantang. Masuk tak menambah, keluar tak meluak

Semalam, si comel mengiau2 memandang pintu rumah yg bertutup rapat. Yang terdengar hanya suara , ".. suh, suh.. pegi! jangan masuk, kotor ! pegi... Menjelang petang , si comel masih di situ. Sesekali, mengiau.. sayu bunyi..

Memberanikan diri, pegi merapati sicomel.
Ya Allah, kesiannya dia...

'
'
'
'
'
'
V

Dengan nada suara terkawal, takut didengar tuan rumah, kak Kim cuba pujuk dia keluar pagar. Tapi dia tak mahu. Pandang sekelingnya, tiada bekas makanan atau minuman. Pulang kerumah, dan kembali semula membawa makanan serta minuman. Kak Kim hulurkan kpdnya melalui bawah pagar. Hari dah semakin gelap. Kak Kim bercadang, esok akan usha bawa dia keluar.

Tapi kita hanya merancang.
Esok bila kak Kim datang tengok, dia dah takder lagi .........