Jumaat, 3 Disember 2010

Matahati dan Matahariku...

Cumil2 semua dah tidor. Tapi tak tahulah, tidur tipu or tidur betul. Tengok sekor tu,mata pejam tapi ekornya menguit2. Sekor lagi pulak, tingenyer bergerak macam radar cari arah.... Tapi aku tahu, cumil2 tu tidor2 kucing " Kepala tak berpaling tapi mata menjeling..". Pandang kat luar, mendung...mana pergi matahari ni...?

Matahari ada disini. Lagu Matahari dan cerita Matahari... semuga ia memberi iktibar kepada kita semua.




Mata Hari bagai Dewi

Mata Hari bukanlah nama sebenar pengintip berdarah campuran Belanda-Jawa ini. Dilahirkan di Leeuwarden, Belanda pada 7 Ogos 1876, nama asalnya ialah Margaretha Gertruida Zelle. Nama pemberian orang tuanya diubahnya kepada Mata Hari kerana dia menginginkan kehidupan baru, seperti "matahari" yang akan membuka lembaran baru dalam kehidupannya.

Kisah hidup wanita yang berkahwin pada usia 19 tahun ini memang cukup suram. Ketika dia berusia 19 tahun, tepatnya tahun 1895, dia telah dikahwinkan dengan Rudolph Macleod,(39 tahun). Rudolph adalah tentera tinggi militer Belanda yang bertugas di Indonesia. Pasangan baru dihantar ke Indonesia, pertama kali tinggal di Semarang. Margarethe senang dengan rumah di Semarang yang nyaman. Kemudian berpindah ke Malang di daerah Tumpang. Di situ Margarethe suka bermain di candi Jago, candi Kidaldan candi Singosari. Dia mengagumi tarian Serimpi yang ditarikan di candi-candi tersebut. Dia juga pernah dibuang sekolah gara-gara berskandal dengan guru sekolahnya. Anak lelakinya pula mati akibat keracunan, dan dia diceraikan pada tahun 1906 .

Matahari yang malang...rebah dihujung peluru

Sebelum terjun ke dunia perisikan, wanita yang memiliki kod rahsia H21 ini memulakan kerjaya sebagai penari eksotik di Paris. Postur tubuhnya digambar besar dan lansing. Kemolekannya seperti seekor binatang liar. Seorang perempuan cantik yang mirip dewi anehnya berkulit berwarna kelam dan berambut hitam. Ia juga mengaku berasal dari India. Kerana itulah dia menukar namanya kepada Mata Hari. Berbekalkan kehebatan tarian erotik yang dipelajari di India dan daya pikatnya yang tinggi, dia menjadi terkenal di mana-mana. Keadaan inilah yang kemudian menyeretnya ke dalam dunia perisikan. Saat menjadi penari bogel di Berlin, agen rahsia Jerman merekrutnya.

Mata Hari kemudian sering berulang alik antara kota mahupun antara negeri. Kerana sudah terkenal dia tidak punya masalah untuk menyusup, termasuk ketika Perang Dunia I. Dia sering dan dengan mudah membuat hubungan cinta dengan banyak orang penting, juga ditawarkan sebagai mata-mata Peranchis dengan honor 1 juta Frank pada saat itu.

MI5 mulai curiga dengan kegiatan Mata Hari, agen rahsia Inggeris itu mula menyoal siasatnya. Namun mereka tidak boleh memaksa Mata Hari untuk membuka mulut. Berkali-kali soal siasat dilakukan, namun hasilnya hampa. Sampai akhirnya, agen rahsia Perancis berhasil menangkap dan menyoal siasatnya saat dia akan menyeberangi Perancis untuk mengunjungi salah satu hubungan cintanya. Agen rahsia Perancis menangkap Mata Hari kerana diyakini dialah "Perisik Wanita Teragung" yang mesti bertanggungjawab atas kematian beribu-ribu tentera, akibat risikan yang diberikannya.











The execution of Mata Hari in 1917

Dia lalu diadili dipengadilan perang dan dijatuh hukuman mati. Pada pagi Isnin , 15 Oktober 1917 di Bois de Vincennes, bahagian timur kota Paris. 12 rejimen artileri siap dengan senapan dipagi yang dingin dan berkabut menjalankan hukuman tembak keatas MataHari. Akhir Mata Hari rebah kebumi dan mayatnya dikebumikan diperkuburanVincennes. Dua tahun kemudian Jeanne-Louise, anak perempuan Mata Hari yang sedang menginjak usia 21 tahun meninggal dunia akibat pendarahan di otak.


YANG BAIK JADIKAN TELADAN,

YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN....



2 ulasan:

  1. cerita yg menarik, baru pertama kali dgr kisah mata hari ni hehe..

    eh kak cantek la header :)

    BalasPadam
  2. penah ikuti bacaan tentang Mata HAri. kat TV pun penah kluar pasal dia tp lama dah.
    sangat menarik.

    BalasPadam