Rabu, 29 Jun 2011

7 hari kelahiran....


Anak2 Unty genap seminggu.
Satu dah tewas dalam perjuangan untuk hidup,
tinggal lagi 3.



Harap tiada lagi yg tewas selepas ini....





Selasa, 28 Jun 2011

Apa dosa saya...


Erk... apsal semua org lari dari aku ni...

Ah....huk, huk... cedihhh....
Cemua orang tak nak kawan dgn aku...
Apa dosa aku....






Isnin, 27 Jun 2011

Jalan pakai kasut...


Puss..puss..., nyaw, nyaw....
Kimmy, Koppy... where you, darlinggg...

Adalah tu ... Mama kalau lembut jer panggil
kitaorang tu,adalah hajat besarnyer tu..


Meh, sini darling... mama nak bagi minum air penawar.....

Eekkk.... ubat cacing,
aahh... tak suker, nak muntah...
Bagi Kimmy dulu....

Tengok Kimmy, ok jer...

Sakit tak, Kimmy...?

Pahit tak, Kimmy..?

Ok, jer.... rasa sup ikan

Waaa.... mama cekik aku....

Tolonggg.... mama cucuk tekak aku...

Memekak tul, budak hitam ni...
Tulah, lain kali jalan pakai kasut...
Takderlah cacing masuk perut....







Khamis, 23 Jun 2011

Betapa malangnya nasibku....

Mama : Abg Madan, tolong jaga kotak
hadiah mama tu, yer..
Jangan usik apa-apa..

Abg Madan : Ok set, no problem mama...

Abg Madan : Hoi, budak. Pegi main jauh...
Nanti melekat kuman2 kat hadiah ni.
Dahlah berak tak basuh..

Nia : Alah, macamlah dia basuh..

Kalau nak gaduh meh sini. Lawan dgn aku...

Ini apa hal lak naik atas kotak ini..
Pang.!!.. nyah ko dari sini, Merah..ha, ha..

Macam bestnya jer naik...
nak try test sikitlah....

Ramadhan....!!!!
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V

Nak sangat naikkan,
Hah, naik..... duduk situ jgn turun sampai esok....



Betapaaa....
Malanggg....
Nasibkuuu......





Selasa, 21 Jun 2011

Putera dan Puteri Meow..


Selama hampir 9 minggu, mengusung perut kehulu kehilir, bersatu nyawa, bersatu darah, bersatu nadi, akhirnya pada hari Sabtu 18 june bersamaan 16 Rejab, Unty selamat melahirkan. Hari tu mmg kak kim sekeluarga sibuk menguruskan ayah yg sedang sakit, maka tidak perasan ada insan lain yg juga sedang sakit.
Lewat petang, terdengar bunyi " srek..srek... diikuti suara halus dari dalam kotak printer dibawah meja tulis. Apalagi, melompatlah kak Kim menengoknya....

Yeay...Unty dah beranak....

4 ekor. Putera @ puteri, tak pasti lagi...

Alahai, kesiannya sempit kotak tu.
Em... mana nak cari kotak, yer dah petang2 ni....

Hah, baru teringat kotak abg Madan opps, sorry abg Madan kata 'Cottage'... ngada abg Madan ini. Pinjam yer, abg Madan... abg Madan baik, kan,kan...

" Sewa, tau. Sejam 50 hengget. Takder diskaun2..."

Ini Unty masa tengah sarat...

Baby2 Unty..


Selamat Datang Putera dan Puteri Meow..







Isnin, 20 Jun 2011

Selamat Hari Bapa..

Walaupun, Hari Bapa dah berlalu semalam tapi cuma hari ini kak Kim berkesempatan menulis..

Dari hari rabu hingga semalam, abah tak sehat. Jam 12.10 t/mlm khamis, abah separuh sedar . Call abang Daud ( abg kak Kim yang no.2). Malam tu jugak, kami bawa abah ke hospital, terus ke bahagian emergency. 4.30 am, abah dibenarkan pulang setelah masukkan air dan darah.

Esoknya, abang Daud ambil cuti untuk jaga abah. Hari Jumaat, giliran kak Kim pula jaga.

Menjelang tengahari, abah sakit perut dan cerit berit. Dengan pertolongan jiran, kak Kim bawa sekali lagi abah ke hospital. Pada mulanya, abah tak mahu pergi. Kami pujuk, abah tetap tak mahu pergi, kata abah " abah tak nak mati kat hospital. Abah nak mati kat rumah...." menitis air mata kami, menitis air mata abah... Dalam keterpaksaan, kami angkat juga abah masuk dalam kereta dan terus ke hospital. Sampai dihospital, abah terus dimasukan ke wad kecemasan. 4 jam di wad kecemasan, abah dibenarkan pulang.

Sebelah petang, abang kak Kim yg pertama tiba untuk sama-sama menjaga abah.Kejap2 abah bangun nak air, kejap2 abah bangun nak pegi bilik air. Abah tak mahu kejutkan atau panggil kami, abah nak buat semua sendiri tp abah tak larat. Baru bangun dah jatuh. Abah kata " tak mahu menyusahkan kami....". Itulah abah, walaupun badan tak mampu, tapi semangatnya tetap kuat.

Alhamdulillah, hari ini abah nampak dah ansur sehat sedikit. Mudahan abah terus sehat, sejahtera selalu....

Untuk Abah,

KAMI SAYANG ABAH....

Khamis, 16 Jun 2011

Paling Popular....

Kalau anda bijak bistari,
apa benda paling popular di Malaysia...?

Abang Madan : Dato' Siti Nurhaliza...
Mama : Salah !

Nia : Pantainya yg indah, daun nyiur melambai2...
Abg Madan : Eeee... skema betul budak Nia, ni.. uek..
Mama : Pun salah

Merah : Warna Merah.....
Nia : ha, ha... ntah hapa-hapa budak Merah ni...
Mama : Juga Salah

Jawapannya selepas ini...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V

Inilah dia, paling popular di M'sia
Semua rumah pasti memilikinya...








Sabtu, 11 Jun 2011

Si Comel....

Si comel ini, dikutip tuanya dikaki lima kedai. Masa itu dia masih kecil dan comot. Namun kecomelannya masih terserlah dibalik wajah berdebu.

Berbunga2, hati sicomel bila ada insan yg sudi membawanya pulang ke rumah. Berakhirlah penderitaan hidup sebagai kucing jalanan.

Tapi langit tak selalu cerah. Kuharap panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari...

Beberapa tahun kemudian, ahli keluarga tuannya semakin bertambah. Tuan dan puannya semakin sibuk menguruskan anak sendiri dan sicomel ini semakin terpinggir... Ibarat melukut ditepi gantang. Masuk tak menambah, keluar tak meluak

Semalam, si comel mengiau2 memandang pintu rumah yg bertutup rapat. Yang terdengar hanya suara , ".. suh, suh.. pegi! jangan masuk, kotor ! pegi... Menjelang petang , si comel masih di situ. Sesekali, mengiau.. sayu bunyi..

Memberanikan diri, pegi merapati sicomel.
Ya Allah, kesiannya dia...

'
'
'
'
'
'
V

Dengan nada suara terkawal, takut didengar tuan rumah, kak Kim cuba pujuk dia keluar pagar. Tapi dia tak mahu. Pandang sekelingnya, tiada bekas makanan atau minuman. Pulang kerumah, dan kembali semula membawa makanan serta minuman. Kak Kim hulurkan kpdnya melalui bawah pagar. Hari dah semakin gelap. Kak Kim bercadang, esok akan usha bawa dia keluar.

Tapi kita hanya merancang.
Esok bila kak Kim datang tengok, dia dah takder lagi .........