Khamis, 29 September 2011

My Snow White....


Budak tecit ini dah beberapa hari kat rumah kak Kim.
Tapi belum bernama lagi...
So, berdiskuslah abg Madan dgn adik2nya
tentang pemilihan nama ..

Merah nak namakan dia baby....

Baby..? Geli taik tinge aku mendengarnya..
Engko ni Merah, old fesyen betollah..

Abg Madan, apa macam sbb dia kaler itam.
kita namakan dia - Itam ker, black ker... ?

Ini sekor lagi. Come on lah. Open your minded.
Global sikit. Nama tu comman sgt. Reject !

Habih tu, Abg Madan nak namakan apa...?

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V

" ..SNOW WHITE....."

Inilah SNOW WHITE abg Madan..







Isnin, 26 September 2011

Mungkin jodoh kita...


Hari Ahad, tengah syok2 menjahit tiba2
anak bawak budak ini masuk rumah.

Kata anak, jumpa budak ini terjelepuk
lesu di jalan belakang rumah.

Nasib baik ada botol susu reserve ni....

Dan susukan... nyot.nyot...

Tak sedap yer..? Oklah tu..
Mana nak sama dgn yg original...


Dan tidor ...
Dodoi, si dodoi..


ZZZZ...zzzz...
Tidorlah, rehatlah...

Mungkin jodoh kita...
Dan mungkin disinilah rumahmu....






Khamis, 22 September 2011

Restuilah kami.....


Nia sekarang dah jadi anak gadis.
Ramai pemuda datang nak mengoratnya.
Tapi bukan senang, sbb terpaksa berhadapan
dengan abang Longnya, Ramadhan.

Calon pertama
Dari planet terbakar

Ini alien maner pulak tercampak belakang rumah aku..?

Baik ko blah... sebelum aku bungkus ko,
hantar pakai pos laju ke alam fana'

Calon ke 2 - Dari Farmville

Hoi Oren sirap bandung,
Engko nampak tak bumper belakang aku ini, solid..
Tak cam ko, kurus cekeding...
Engko sentuh jer pagar rumah aku,
Aku terajang ko sampai ke planet Pluto sana..

Dia ni kucing ker antu?.
Mata terbeliak semacam jer mandang aku...


Calon ke 3
Dari Pantai Berdebu

Labu :Assalammualaikum, abg Madan.

Abg Madan : Bila masa aku jadi abang ko....

Labu : Maaflah En. Madan.
Saya datang ini ada hal nak bincang ngan En Madan

Abg Madan : Ada buat appointment, SMS ker, Email ker..?

Labu : Err... takder. Tapiii.....

En. Madan, tolonglah restu hubungan saya dgn Nia..

APA ? RESTU......
BERAMBUSSSS.......






Khamis, 15 September 2011

Abang Medanku....


Abg Madan utang apa dgn Sally tu.?

Maner ada abg Madan utang dgn dia...

Habih tu....?

Alah... mama, masa tengah hangat bercinta,
semuanya tak kisah. I belanja You.
Semua I belanja you... I tak kisah pun....
Tp bila dah putus cinta..., semuanya nak dikisah.
Yg I belanja you... semuanya dah tukar... you utang I....

Biasalah abg Madan,
masa bercinta.. kentut pun bau wangi...

Bila dah putus cinta, perfume Paris bau parit

Sally dah tukar Silly

Abg Madan tukar abg Medan... hik, hik..

Kang kena budak 2 ekor ni...





Sabtu, 10 September 2011

Luka lama berdarah semula...



Merah, raya hari tu korang pegi maner..?

Pegi banyak rumah.
Rumah kakak Sally pun kitaorang pegi

Kakak Sally?.
Dia ada tanya abg Madan, tak?

Ada.

Dia tanya aper..?

Dia tanya, utang bila nak bayar..?

Baru nak sejuk hati, dah panas semula...





Khamis, 8 September 2011

Padan muker, dua2 tak dapat...


Semalam, time rehat2 balik keje, abg Madan muncul lagi bawak balik rabbit.Cepat2 ambik rabbit tu dr dia. Check seluruh badan rabbit, Alhamdulillah.. takder kesan luka ataupun darah. Kak Kim keluar belakang rumah, pegi siasat maner dia dpt rabbit ini. Oooo...... rupe2nya jiran belakang rumah
.

Jiran tu pun satu, kalau nak bela renab tu, belalah elok2. Ini main adang2 dgn papan plywood yg dah reput2 dan belubang. Tingginya pun tak sampai 2 kaki. Lepas tu letak luar rumah. Pagar rumahnya pulak, dah terselak sana, terselak sini... jgn abg Madan, harimau pun boleh masuk. . Cakap kat jiran tu, tp dia buat slumber dek jer....Lantak engkolah....

Subuh tadi, sementara tunggu masuk waktu, kak Kim baring2 kejap tp hanyut juga seketika. Bila jaga, tengok abg Madan tidur kat sebelah dan sebelahnya ada ini....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V
Ya Allah, rabbit lagi.....

Rabbit tu bersih, takder kesan luka2 apa pun.
Abg Madan pun relax jer tidor sebelah rabbit tu.
Cuma bila rabbit tu bergerak sikit,
abg Madan kuis sikit dgn tangannya.

Kalau kak Kim pukul abg Madan sampai berdarah2,
jerit, herdik sampai pecah gegedang telinga dia,
apakah perkara ini akan selesai?
Sedang tuan renab tu buat tak tahu,
buat tak kisah tentang keselamatan renab dia.

Last2, ambik renab tu. Masuk dalam carrier,
letak beberapa kerat karot dan bawak tempat keje.
Dan bagi kat gardener yg mmg suker bela2 haiwan.


Pada tuan punya renab tu, sorry...
Pada abg Madan pun sorry, dua2 korang melepas.
Padan muker...





Rabu, 7 September 2011

Thank You....



Pada semua teman2 `Animal Lover...'
Jasa, pengorbanan dan kasih sayang kalian,
Hanya Tuhan yg akan membalasnya..

Go ! go!... Animal Lover...








Isnin, 5 September 2011

Menanti hukuman...


Subuh tadi, bangun awal sbb nak sahur. Lepas tu terus bagi 'anak2' makan. Seperti biasa, abg Madan lepas jer makan terus keluar rumah. Lepas kemas2 dapur, kak Kim ke ruang tamu pula. Tiba2 nampak benda ini, bermula dari pintu masuk...


Aper ni..? Ya Allah, darah !!!

Kak Kim terus ikut titik2 darah tu....

Mulut bagai tekunci, tp dlm hati hanya Tuhan yg tahu..

Otak dah terfikir perkara tu,
sbb hanya dia yg keluar rumah tadi.
Nia dan Merah dari tadi ada kat dapur main.

Terus ikut titik2 darah dgn cemas
Sampai kat tangga naik ke atas.... nampak ini....

'
'
'
'
'
V


Bagai nak gugur jantung, terbeliak bijik mata....
Terus lari naik atas.
Tak terasa, entah berapa anak tangga sekali langkah....

Terus bukak pintu bilik. Inilah yg Kak Kim nampak,
Astaghfirrulloh .........
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V




Cepat2 rampas rabbit tu dari dia.
Tapi, rabbit dah tak bernyawa lagi...

Nia tak berani dekat, cuma tengok dari jauh jer...

Kak Kim keluar kejap ambik surat khabar
nak bungkus rabbit malang tu.
Bila masuk semula, tengok abg Madan dah tidor...

Rabbit tu dah tak dikisahnya lagi...

Bila kak Kim letak rabbit tu dlm gulungan surat,
sibuk pulak dia nak main surat khabar tu...

Pada si Rabbit malang ni, kak kim minta maaf banyak2.
Tak tahu macamaner dan siapa punya rabbit ni,
abg Madan dah tangkap.
Mungkin juga rabbit ini terlepas atau sesat....

Terpaksalah pagi2 subuh sibuk mengemop lantai.


Pada abg Madan,
AWAS !!!!
LEPAS NI MAMA AKAN DENDA KAMU....!!!



Siapa sokong..?